Isu Kerjaya Sebagai Guru

Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 08-02-2010

5

Masalah Anak Malas

Masalah Bahasa

Sains Dalam Bahasa Inggeris

Etika Pelajar Ketika Makan

Personaliti Guru Sukan

Relevankah Handset Di Sekolah

Comments (5)

salam Along..
makin manusia maju semakin banyak yang berubahnya..termasuklah dari segi penggunaan bahasa melayu di sekolah dan kini ia ditekankan pula penggunaan bahasa english dalam subjek Matematikdan sains juga..Apa jua pembaharuan pun ia sebenarnya untuk kebaikan akan datang..huuhu

Assalaamu’alaikum

Posting yang bagus untuk diambil pengajaran dan difikirkan. Syabas Along.

Isu kerjaya guru merupakan isu pendidikan negara. Kerjaya guru kini dilihat sebagai satu jalan mudah mendapat pekerjaan tanpa memikirkan impak besar yang bakal mengubah segala sistem pendidikan di Malaysia pada masa hadapan.

Jika pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mengambil langkah yang bijak dalam menyusun sistem pengurusan di sekolah, menyajikan kurikulum yang sesuai dengan kehendak semasa dan menitik beratkan kebajikan guru, pasti upaya mampu untuk meningkatkan profesionalisme guru akan menghadapi pelbagai halangan.

Begitu juga dengan peranan Bahagian Pendidikan Guru sebagai jabatan yang memilih bakal guru, manakala Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bertindak sebagai institusi melatih bakal guru bagi menghasilkan guru berkualiti agar mereka faham akan fungsi dan tugas sebagai guru yang sudah tentunya mempunyai makna yang berbeza. jika guru tidak mencintai profesion keguruan ini, maka negara akan rugi dan pemilihan mereka akan sia-sia belaka.

Gambaran foto yang dipaparkan Along di atas menggambarkan beberapa ciri guru bukan sebenar guru yang sudah tentunya amat memalukan profesion itu sendiri. Pelbagai pihak tentu menuding jari jika kegagalan guru menghasilkan modal insan yang berakhlak mulia dan berketrampilan tinggi sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara gagal dilakukan.

Oleh itu, jangan jadikan kerjaya guru hanya sebagai pelengkap hidup. Jadilah kerjaya guru sebagai satu platform dakwah untuk menyeru kepadakebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Antara fungsi guru adalah untuk emmbentuk dan membangun modal insan agar menjadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

GURU SEBENAR GURU: KE SEKOLAH TIDAK LESU, MENGAJAR TIDAK JEMU.

Salam mesra dari akak di Bintangor, Sarikei, Sarawak.

Salam,

Di Malaysia, kita banyak terpengaruh dengan budaya. Budaya barat betul-betul menguasai budaya Timur kita. Mungkin asalnya kita dijajah dulu. Makin bertukar generasi, budaya barat makin pula tersohor sehinggakan bahasa pun sudah bercampur aduk.

Kak Siti: Pada Along profesion perguruan amat mencabar. Tidak semua orang dapat memberikan pendidikan pada anak bangsa dengan ikhlas. Bahkan hari ini guru pula sering menerima kritikan kerana tidak dapat mendidik murid-murid dengan baik. Masyarakat tidak menyedari bahawa peranan guru hari ini dikecilkan. Kerana ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak menyebabkan guru tidak dapat menggunakan sepenuh ketrampilan diri untuk mendidik. Akhirnya guru sebagai pendidik menjadi hanya sebagai pengajar. Tidak hairanlah guru hari ini tidak mahu ambil peduli masalah gejala sosial pada pelajar. Jika dihukum nanti dikatakan guru melampau. Bandingkanlah guru di zaman dahulu dan sekarang. Guru dahulu benar-benar mengambil peranan ibu bapa. Janganlah kerana guru yang tidak berdisiplin yang beberapa kerat ini dikatakan semua guru tidak baik.

Nozi: Budaya adalah senjata Barat untuk merosakkan orang Timur. Sewaktu dulu kita dijajah kerana jahil dan tiada perkembangan ilmu. Tetapi hari ini kita masih lagi dijajah sekalipun perkembangan ilmu kerana nilai penghayatan ilmu tidak disemat di dalam diri.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: