Jangan Simpan Idea Anda

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri, Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 29-09-2009

6

Ramai di antara kita selalu berkata, “Aku takde idea la..” atau “Idea aku tak kreatif..” Inilah antara ungkapan yang selalu disebut oleh kita. Sedar atau tidak sebenarnya kita sepatutnya jangan takut untuk mengeluarkan idea atau buah fikiran untuk sesuatu yang kita sedang lakukan. Jangan memikirkan idea kita akan diterima atau tidak kerana idea atau buah fikiran yang baik seharusnya perlu diketengahkan terlebih dahulu. Mempunyai idea tetapi takut untuk mengeluarkannya akan meletakkan pemikiran kita ke arah yang negatif dan menjatuhkan potensi yang kita ada.

Perkara yang selalu berlaku ialah kita sebenarnya mempunyai buah fikiran yang mungkin lebih baik tetapi kurang keyakinan telah membuatkan idea baik kita terbantut dan tidak menerima perkembangan yang sepatutnya. Adakah anda turut mengalami situasi seperti ini?

Banyak faktor yang menyebabkan situasi seperti ini berlaku, antaranya:

1. Anda seorang pekerja baru

Mungkin satu ketika, anda baru diterima bekerja di mana-mana organisasi. Tetapi dalam masa yang singkat anda terfikirkan banyak perubahan yang mungkin nampak di mata anda untuk organisasi. Namun status anda sebagai pekerja baru telah menutup anda untuk terus mengeluarkan idea yang mungkin amat berguna untuk perubahan dan tranformasi organisasi anda.

2. Takut dengan bos

Banyak juga di antara kita yang menghadapi situasi sebegini. Bos yang terlalu bersikap ‘bossy’ bukan mudah untuk kita menyuarakan pendapat walaupun kita amat pasti idea kita mampu memberikan kesan yang lebih baik. Dalam situasi begini suarakan pendapat anda kepada orang yang mungkin menjadi kepercayaan bos. Mungkin dia akan dapat menyuarakan buah fikiran anda yang hebat.

3. Terikat dengan kebiasaan

Bukan senang untuk merealisasikan buah fikiran anda kepada mereka yang sukar menerima perubahan dan terikat kepada kebiasaan. Walaupun anda seorang yang banyak idea namun sudah pasti kebiasaan akan menenggelamkan segala idea yang anda ada. Jangan mudah berputus asa. Apa yang penting idea anda bukan untuk disimpan.

4. Segan dengan rakan sepejabat

Sememangnya ini juga menjadi sebahagian daripada sebab mengapa idea anda tidak dapat dikeluarkan. Lebih-lebih lagi apabila baru dipindahkan ke tempat kerja yang baru sudah pasti timbul juga rasa segan untuk melontarkan idea yang baik. Takut juga disebut oleh rakan-rakan tidak menghormati orang-orang yang senior.

Comments (6)

Salam sahabat,

1st of all, thnx sudi singgah blog sya. 2ndly, nice blog + nice info = insyaALLAH dapat membantu pembaca blog ini.

Yup, semua faktor di atas mmg membri kesan kpd kita yg menybbkn kita membekukan diri dri meluahkan idea sendiri.

Soal mengenai idea x kreatif, kurang mtang, sya rsa itu tolak tepi dlu. krana scara x lgsng bila kita mengeluarkan idea, akan ada “aura” yg bley bt kita lbih cpt utk berfikir dn menambah baik idea pertama kita.

bila dh dapat “aura” tu, saya yakin, kita akan bertmbh matang dn berani utk menympikan idea kita.

p/s: slmt hri raya maaf zahir batin~

tip yang menarik! terima kasih

Kadang2 kita sangat terikat dengan tradisi yang sudah biasa dilakukan dlm sesebuah organisasi.. contohnya, aku pernah mendengar peraturan sebegini, ” pertama, bos sentiasa betul.. kedua, jika bos salah, refer balik kepada peraturan yang pertama”. Sikap sebegini bagi aku akan menyebabkan sesebuah organisasi terbabit kaku dan layu..

Terima kasih Jmay atas respon membina. Memang itulah peraturan yang selalu kita guna sehinggakan banyak idea bagus dari pekrja yang baik terbantut denga sebab boss yang macam ni.

Thanx a lot atas tip2s yang bergune…walaubagaimanapun komunikasi juga penting dalam memantapkan lagi idea kita…untuk lebih diterima oleh orang lain…perlu bersikap lebih terbuka..dalam mewujudkan suasana harmoni agar mendapat impak yang lebih berkesan..

Rina: Memang benar apa yang Rina lontarkan. Komunikasi membuatkan minda lebih berfikir dan mengajar diri lebih bersikap terbuka terhadap perkara yang dibincangkan.

Write a comment

:angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :whistle: :tongue: :w00t: :wub: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :unsure: :wassat: :wink: :alien:
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.