Jawatan Memerlukan Al-Quwwah Dan Amanah
Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 18-10-2009
4
Sangat menarik apa yang dikupaskan oleh Dr. Asri berkenaan jawatan atau kerja yang ingin kita ceburi. Paling penting dalam melaksanakan tanggungjawab kita memerlukan al-quwwah (kemampuan atau kepimpinan). Tanpa al-quwwah ini sudah pasti tugas yang diberikan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Begitu juga amanah adalah sifat kedua penting dalam bekerja. Amanah menunjukkan komitmen kita dengan majikan, organisasi atau syarikat. Amanah memberikan kesedaran diri bahawa hubungan antara pekerja dan majikan memerlukan hubungan yang erat dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
Inilah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w yang menjadi model kerjaya bagi umat Islam. Baginda memilih di kalangan sahabat tepat dengan jawatan yang dikehendaki sebagaimana pemilihan Khalid Ibn Walid sebagai ketua di medan perang.




Assalaamu’alaikum..
Alhamdulillah, di pagi indah ini dihidangkan dengan majlis ta’alim Dr. Asri, seorang da’i yang saya hormati serta memberi semangat serta inspirasi buat saya menelaah ilmu dengan lebih mendalam.
Inti kepada ilmu yang dibicara menunjukkan bahawa seorang ketua harus menilai bawahannya dengan ilmu dan kepakarannya. Hal sedemikian untuk memastikan apa yang dilakukan untuk kebaikan organisasi dan maslahat ummah terjamin kukuh dan berjaya.
Alangkah ruginya ketua dalam sesebuah organisasi atau jabatan yang tidak pandai menilai kepakaran dan kemampuan bawahannya. Senario ini banyak berlaku sekarang. Masalah “pilih bulu” dan “suku sakat” menjadi keutamaan berbanding kebolehan seseorang.
Salam ceria dan didoakan AloNG sihat. Hari bahagia lagi hari ini buat saya.. :D
Assalamualaikum along
Wah, ada video Dr Asri
Saya mesti pilih! :D
Benar along, kata-kata Dr Asri apa yang penting di dalam diri seorang
pemimpin adalah Al quwwah dan al amanah.
Dua sifat ini sebenarnya yang mencerminkan identiti sebagai seorang
pemimpin organisasi. Bayangkan jika seorang pemimpin tidak memiliki dua sifat ini.
Terkurang satu, al amanah contohnya,
rosak binasalah sebuah organisasi atau company.
Dan jika di lihat dari sudut lain,
Seorang yang bertindak sebagai ‘bos’
perlu bertindak adil dan saksama kepada semua kakitangan
dan orang bawahanya.
Kalau tidak, masakan dia boleh memimpin dengan baik
Pernah satu ketika semasa saya
menjalani latihan praktikal di sebuah
syarikat multinasional negara
Saya lihat semua pemimpin yang dipilih semua
memiliki sifat al quwwah dan al amanah
dan dengan sifat sebeginilah
sebenarnya yang mewujudkan perasaan
hormat atau ‘respect’ kita kepada seorang ketua.
Jadi along
ingatlah, jika kita menjadi seorang ketua kelak
jadilah ketua yang memiliki nilai seperti ini
Jangan kata kita tidak tahu.
Assalamualaikum
salam inspirasi dan ceria
“Setahun memburu impian”
Fahdi: Saya memilih video ni sebab ada kesesuaian dengan topik yang ingin saya bicarakan. Insya Allah Fahdi kita asah diri kita untuk jadi al-quwwah dan al-amanah.