Kenali Punca-Punca Stres Di Tempat Kerja
Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 16-10-2009
4
Tidak boleh dinafikan bahawa sebagai pekerja, anda akan berhadapan dengan stres. Tapi adakah anda tahu apakah punca yang menyebabkan anda stres? Anda berisiko menghadapi stres jika mengalami situasi di bawah:
Kerja yang tidak kehabisan
Anda mungkin telah membaca entri saya tentang workaholic tempoh hari. Sebenarnya menjadi workaholic akan membawa anda ke dalam ruang kerja yang tidak akan kehabisan. Tanpa disedari anda perlahan-lahan memasuki zon berlakunya stres. Mengapa begitu? Kerja yang tidak kehabisan sudah pasti akan menyebabkan rehat anda kurang, tiada masa untuk memberikan hak-hak kepada diri anda untuk mendapat nafas kehidupan. Sudah pasti keadaan ini lama kelamaan akan menjadikan anda stres.
Selalu dimarahi tanpa sebab
Pernahkah anda menghadapi situasi ini? Situasi ini sangat bahaya bagi anda. Jika sekali anda dimarahi tanpa sebab sahaja boleh menyebabkan motivasi kerja anda merudum, cuba bayangkan pula apabila anda selalu dimarahi tanpa sebab? Sudah pasti motivasi anda akan jatuh ke tahap kosong dan stres akan mula hadir dalam kerja anda.
Tidak mahir dengan bidang kerja
Zaman sekarang bukan mudah nak cari kerja yang sepadan dengan keinginan dan kelulusan anda. Anda meminati IT, tetapi bekerja sebagai pegawai pemasaran yang terpaksa bertemu dengan klien, perlukan skill pengucapan awam sedikit sebanyak memberikan stres kepada diri anda bukan? Bidang yang berbeza sudah pasti sukar untuk menguasainya dalam masa yang singkat. Tetapi kerja tidak melihat itu semua. Apabila anda menyandang jawatan tersebut, nak atau tidak anda perlu lakukannya. Tapi kalau tidak mahir memang anda akan stres.
Rakan kerja yang tidak membantu
Bekerja di tempat yang baru banyak memberikan masalah. Dengan suasana yang tidak biasa, bos yang baru, sistem yang baru tanpa bantuan rakan-rakan kerja sudah pasti anda mengalami kesusahan untuk menyesuaikan diri. Lebih-lebih lagi jika rakan kerja yang anda harapkan sebagai senior itu, asyik buat kerja sendiri dan menganggap anda tidak wujud di situ. Konfem anda pasti stres.
Hasil kerja anda tidak dihargai
Anda diberikan tugas untuk menyiapkan satu proposal penting. Anda bersengkang mata dengan penat dan keringat semuanya diberikan 100% untuk kerja anda tersebut. Sampai masanya anda menghantar tugasan anda, bos anda langsung tidak tengok hasil kerja tersebut sebaliknya berkata, “Maafkan saya, tugasan ini saya dah berikan pada orang lain cuma saya lupa nak beritahu awak.” Apa anda rasa? Stres bukan!
Inilah sebahagian punca-punca stres yang sering berlaku di tempat kerja. Banyak sekali berlaku situasi seumpama ini. Bagaimana dengan anda?




Contoh2 yg diberikan di atas adalah mmg tepat.Kebanyakan pekerja akan jadi stress dgn keadaan2 di atas.
Pada pendpt saya, kita mestilah pandai menyeimbangkan cara kerja kita agar perkara ini tidak berlaku.
Apalah gunanya kalau gaji mahal sekalipun tp hidup asyik stress shj.
Assalaamu’alaikum
Banyak faktor yang boleh membawa kita kepada stress di tempat kerja. ia tidak sahaja tertakluk kepada apa yang berada di tempat kerja tetapi juga faktor yang di bawa bersama ke tempat kerja.
Ini bermakna faktor luaran juga mempengaruhi stress tersebut dimana jika seorang pekerja mempunyai konflik di rumah, maka pembawaan tersebut akan hadir bersamanya walau di mana ia berada jika tidak ditangani dengan bijak.
Saya setuju dengan pendapat Along di atas dan sebagai tambahan stress berlaku kerana kita tidak seronok dengan kerja kita. Alhamdulillah, ada kalanya saya menghadapi juga masalah di atas, tetapi kerana seronok dengan kerjaya saya, saya meredhai setiap cabaran yang ada di hadapan. Kita harus bersikap optimis dan pro aktif untuk maju dan berjaya. salam mesra Long.
Salam..
Sebagai pekerja baru yg belum sampai 3 bulan, saya hadapi byk perubahan dlm cara kerja. Sedikit sbyk ianya mendatangkan rasa stress. Ini di tambah lagi saya mengendalikan kerja bahagian pengurusan secara bersendirian. Orang lama yang sepatut nya memberi training telah berhenti. Kerja yang di hand over hanya separuh jalan dan yang selebihnya saya perlu belajar sendiri.
Tidak di nafikan banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh saya perolehi di tempat kerja sekarang. Namun kadang kala saya rasa wujud perasaan tidak tahan terhadap kerja tersebut. Kerja yang di berikan overload. Hinggakan saya terpaksa menyambung kerja saya di rumah pada waktu malam atau hari minggu. Saya kerap pulang lewat hingga tidak dapat memasak untuk suami pada waktu malam seperti selalu saya lakukan semasa bekerja di tempat lama (faktor berhenti tempat lama – jarak tempat kerja dgn rumah yg jauh). Kerja- kerja harian di rumah selalu tergendala.
Sekiranya saya berhenti kerja, saya tidak dapat membantu meringankan beban suami menanggung keluarga. Oleh itu saya perlu bekerja. Jalan pemyelesaian mungkin memberi sedikit masa untuk saya menyesuaikan diri dengan kerja atau mencari peluang pekerjaan yg lain.
Salam…
Qaseh merupakan seorang pekerja yang baru 3 bulan di tempat baru. Pada permulaan, terasa macam semuanya ok dan rasa macam boleh co-operate dengan keadaan, suasana dan cara kerja yg baru. Terasa macam bersemangat sangat untuk bekerja. Namun begitu, Qaseh tidak mendapat sepenuh kerjasama daripada pekerja yg senior di sini untuk memberi tunjuk ajar dlm melakukan kerja. Qaseh cuba untuk berfikiran positif, dan anggap semua itu adalah salah satu dugaan bg Qaseh di tempat baru. Tapi, lama-kelamaan, sikap positif yg Qaseh tanamkan itu menjadi negatif. Qaseh jadi putus asa bila tiap kali Qaseh buat muka tak malu bertanyakan pada senior, seolah-olah pertanyaan Qaseh tidak dilayan. Paling menyakitkan bila hasil kerja Qaseh diketepikan dan Qaseh dikatakan tidak melakukan kerja yang diberikan. Carta organisasi di tempat Qaseh bekerja pun tidak seperti carta organisasi biasa. Qaseh diberi kerja oleh bos lain, sedangkan kalau ikutkan carta organisasi, Qaseh di bawah bos lain (yg mana bos di carta organisasi itu tidak mengambil tahu). Qaseh jadi down sgt untuk bekerja dan keseronokan bekerja yg cuba Qaseh wujudkan hilang lenyap. Kewujudan Qaseh di sini seolah-olah tidak dihargai. Qaseh tak tahu nak buat apa untuk memotivasikan diri Qaseh untuk bekerja di sini. Nak meluahkan rasa pada bos, Qaseh tidak tahu yang mana satu bos Qaseh.