Kerja Adalah Kombinasi Minat Dan Kesungguhan

Posted by Motivasi Kerja | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 24-01-2010

14

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekian lama anda membina kerjaya, adakah anda memahami bagaimana anda boleh bertahan di tempat kerja anda sehingga ke hari ini? Kerja yang anda lakukan memerlukan dua komponen penting yang membolehkan anda melakukan kerja dengan penuh komited dan dedikasi. Kerja adalah gabungan antara minta dan kesungguhan. Tanpa dua komponen ini agak sukar untuk anda menonjolkan potensi diri anda sebagai seorang yang professional dalam kerja.

Tanpa minat tiada gunanya anda bekerja. Hasil dari kerja anda tidak akan menunjukkan bahawa anda komited dan efisien. Minat membantu anda mengerahkan sepenuh idea, masa dan tenaga bagi membuktikan kerja yang anda lakukan adalah dari hati anda. Ramai yang tidak menyedari apa tujuan mereka bekerja, dan paling menyedihkan apabila anda menghabiskan usia anda dengan bekerja tanpa minat. Mengapa begitu? Pada saya anda telah menghabiskan sebahagian kerja anda dengan tidak menggunakan potensi hingga ke peringkat maksimum.

Kesungguhan pula ibarat turbo kepada kerja anda. Anda sudah memiliki minat, ditambah pula dengan kuasa kesungguhan pastinya produktiviti atau perkhidmatan yang anda jana adalah yang terbaik. Ingat! Kerja tanpa kesungguhan sudah cukup untuk berjaya. Namun minat dan kesungguhan membuatkan anda enjoy dengan kerja anda. Inilah yang sukar dicari. Enjoy dengan kerja bermakna anda memberikan yang terbaik untuk kerja anda.

Anda tidak kisah lagi dengan cabaran dan risiko kepada kerja anda. Itulah kuasa minat dan kesungguhan yang mampu memberikan anda kepuasan sebenar dalam melaksanakan kerja sekalipun ianya sukar dan teruk di pandangan mata insan lain.

Comments (14)

Dalam lensa bakat. kami di Talent Development Consulting menyatakan bakat akan membina minat akan membina potensi. Persoalan yang perlu dijawab adalah;

1. Adakah anda lakukan dalam hidup perkara yang anda benar-benar minat?
2. Adakah apa yang anda lakukan perkata dalam hidup sesuatu yang mudah?
3. Adakah sesuatu yang kita lakukan memberikan kepuasan sepenuhnya kepada diri?
4. Adakah perkara yang kita lakukan itu berdasarkan 3 soalan di atas menjadikan diri kita lengkap dan seolah-olah bersatu?

Helmi Suhaimi: Fuh! ayat motivator memang bombastik. Minat perlu digembleng dengan sepenuh tenaga agar dapat digunakan semaksimum. Minat dan potensi perlu berjalan seiring barulah anda dapat melaksanakan kerja dengan komited dan terbaik.

Salam,

Saya rasa ada betulnya tu. Saya pernah kata bahawa saya tidak minat kerja saya sekarang. Tapi, saya boleh lakukannya dengan bersungguh2.Itu maknanya saya ada minat juga pada kerja saya sekarang.Hmm,baru saya sedar. :)

Nozi: Baguslah kalau sudah mengenali minat dalam kerja. Bahaya kalau kerja tanpa minat sebab pencapaian dan sasaran diri tidak dapat dilihat dan diukur.

salam motivasi keja..
suri pulak suka sangat dengan kerja yang ada sekarang ni tapi tulah slu dok sorg2 kat pejabat al maklumlah pejabat cawangan je..hehe..

Suri: Alhamdulillah kalau dah suka. Cuma untuk elak boring kena cuba cari pembaharuan dalam kerja. Barulah seronok.

Salam, saya berumur 23 tahun, baru sahaja menamatkan exam untuk tahun terakhir di sebuah universiti, dan pada masa yang sama saya bekerja kerna hanya 1 subjek sahaja pada semester ini.

saya sekarang sedang bekerja di sebuah syarikat pengurusan acara yang baru dibuka 3 bulan lalu.. saya minat kerja2 pengurusan, buat kertas kerja, modul tetapi lama-kelamaan saya rasa saya perlu mencari kerja yang boleh membina potensi saya.. tempat kerja lama ok, cuma suasana di tempat kerja sekarang buat saya macam xselesa.. mungkin sebab bosnya agak materialistik, dicampur keje2 peribadi yang xda dalam skop kerja, dan kadang2 tu datang ofis, xda tugasn yang perlu dibuat.. so, saya kemas2 opis je.. la nie, dalam proses nak buat surat berhenti keje, dalam usaha nak memohon sebagai pembantu penyelidik di sebuah institusi penyelidikan…

em.. boleh ke kalo nak minta khidmat nasihat.. saya tau pilihan tu saya yang berhak buat kan.. dan saya akan bertanggungjwab dengan pilihan tersebut… dan mudah2an pilihan saya xsalah.. terima kasih..

BakalKonvoBulan8: Sememangnya dalam bekerja jangan hanya memikirkan tentang gaji semata-mata. Gaji tinggi tanpa perubahan ilmu rasanya lebih kurang saja dengan katak di bawah tempurung. Jika mendapat peluang lebih baik untuk kembangkan potensi lebih baik ambil peluang tersebut memandangkan usia masih muda past lebih banyak ruang yang boleh diterokai dalam minat kerjaya yang anda ingin. Carilah buku-buku tentang kerjaya yang anda pilih supaya dapat membuka minda tentang skop kerja anda ceburi dengan lebih spesifik.

saya baru shj kerja.x sampai setahun..kerja yg sy dapat adalah bhgian yg sy x minat..setelah hmpir setahun,sy muhasabah diri sy…sy renung…sy rasa sy x boleh lg duduk di bahagian yg saya x mint…kerja sekarang sy buat marketing..tetapi background saya akaun…sy nak minta tukar.adakah patut sy minta tukar?atau stick shj dgn apa yang sy ada sekarang..sy rase sy tak boleh perform dkt bhgn ini…bagaimana ya??

Wahidah: Kerja paling penting adalah minat dan kecenderungan. Jika hilang itu semua, kerja hanya akan jadi sebahagian tanggungjawab sahaja. Wahidah hilang passion untuk melakukan kerja dengan kreatif dan inovatif. Tetapi satu cara lagi sebenarnya apabila bidang kerja yang berbeza Wahidah akan mempelajari banyak perkara baru, tidak salah juga buat sedikit home work tentang kerjaya baru ini supaya Wahidah akan dapat tatik minat. Cubalah.

terima kasih admin.memang sy mengakui..kat sini memang sy banyak belajar benda baru…insyaAllah sy akan cuba dan cuba lagi.tambahan pula my AGM xkan benarkan sy keluar dr department ini…InsyaAllah..i’ll try my best…yes I CAN….. :biggrin:

Wahidah: Saya sekadar berikan panduan. Yang lainnya terpulang kepada keputusan Wahidah. Bukan senang juga nak dapat kerja baru. Dari tanam anggur baik kerja yang dah ada kan?

Saya akui, saya bukan orang yang bagus dalam bekerja. Tapi saya hairan setiap kali saya bekerja dan melakukannya bersungguh-sungguh akhirnya pihak majikan mengatakan performance saya tak bagus dan akhirnya saya diberhentikan kerja. Ini sudah masuk kali kelima belas saya diberhentikan kerja dan ada yang saya berhenti sendiri kerana dapat rasa yang saya kakan diberhentikan kerja. Dan ada yang dengki dan sebagainya punca saya berhenti juga. Umur saya sekarang sudah 39 tahun dan masih mencari lagi kerja yang betul-betul saya suka dan mminat dan dapat bertahan lama. Saya akui saya rabun jauh dan bersifat lemah-lembut dan sering dibuli. Dengan sifat-sifat inilah yang menyebabkan saya dapat lihat dengan jelas siapayang melakukan kerja secara ikhlas dan berpura-pura. Saya hairan kenapa saya sering bertukar kerja dan diberhentikan kerja. saya bermuhasabah diri dan akhir nya saya temui jawapannya. Jawapannya ialah setiap kali lepas solat saya akan berdoa kepada Tuhan supaya berikan saya kerja yang lebih baik dari sebelumnya dan dapat memberikan manfaat untuk kehidupan saya didunia dan akhirat dan dapat memberikan ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan saya didunia dan di akhirat. Serta kerja tersebut dapat meninggikan lagi iman dan tketakwaan saya. Tidak pernah saya berdoa untuk dinaikan pangkat ataupun dinaikkan gaji. Itu sahaja doa saya dari dulu. Saya yakin Tuhan telah memakbulkan doa saya. Sebab itu setiap kali saya bertukar kerja saya dapat ilmu yang berguna sangat. Kalau saya hanya bekerja disatu tempat sahaja saya rasa yang saya dapat hanya gaji naik tapi jiwa saya kosong. Oleh itu sya suka diberhentikan kerja kerana Tuhan memang nak berikan saya tempat baru yang lebih baik.

Abdul Latif: Saya bersimpati atas ujian hidup yang berlaku pada saudara. Pada saya kecenderungan hasad dengki itu adalah salah satu faktor menghalang untuk berjaya tetapi sebagai insan positif cuba lihat juga apa kemahiran lain yang perlu diperbaiki supaya Abd. Latif lebih bersedia untuk kerja seterusnya.

Write a comment

:angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :whistle: :tongue: :w00t: :wub: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :unsure: :wassat: :wink: :alien:
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.