Kerjaya Sebagai Juru Kamera TV
Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 22-02-2010
0
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Menonton TV sememangnya menjadi kegemaran ramai. Siri drama-drama melayu, dokumentari, rancangan realiti TV dan siri rancangan agama sering menjadi tatapan anda. Tidak sedar bahawa setiap hari anda menghabiskan banyak masa di depan kaca TV kerana keasyikan dan keseronokkan rancangannya.
Oleh kerana itu ramai juga yang ingin mencuba kerjaya di bidang penyiaran memandangkan populariti dan publisiti lebih tinggi berbanding kerjaya lain. Namun perlu anda fahami bahawa begitu banyak cabaran yang perlu anda hadapi untuk membina kerjaya di bidang ini.
Saya pernah bertanyakan kepada seorang ‘cameraman’ yang bekerja di stesen TV, bukan mudah dalam bidang penyiaran. Anda perlu bersedia setiap masa kerana kerja anda melibatkan studio dan juga out-station. Jadi masa amat-amat diutamakan. Bayangkan kalau siaran ‘live’ dan anda sebagai juru kamera datang lambat ke studio, pastinya anda berdepan dengan risiko dimarahi bos. Setiap detik dalam siaran TV melibatkan ‘commercial break’ yang merupakan penaja kepada rancangan yang dikendalikan. Maka terganggu perjalanan siaran walaupun lambat mungkin 2 minit akan memberikan kesan besar kepada syarikat penyiaran.
Apabila anda membuat penggambaran tentang rancangan di luar negara pastinya anda akan menghabiskan masa anda sehingga rakaman tersebut selesai. Mungkin sebulan atau lebih dari itu. Hati anda berkata pasti seronok dapat melihat negara-negara orang lain. Namun jika anda bertanya kepada mereka out-station dalam kerja tidak memberikan masa untuk anda bersantai sehinggalah selesai semuanya.
Jika anda benar-benar inginkan cabaran serta mampu memberikan komitmen masa yang tinggi, anda boleh mencuba kerjaya ini. Apa yang penting anda minat dan gigih berusaha.



