Masalah Antara Organisasi Dan Kakitangan

Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 21-01-2010

4

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekadar ingin berkongsi dengan anda semua, atas pengalaman saya yang sedikit ini mengendalikan lebih dari 100 kursus-kursus motivasi diri, pengurusan organisasi dan pembangunan spiritual yang melibatkan organisasi kerajaan dan swasta. Selalunya masalah-masalah yang dikongsikan kepada saya adalah masalah antara golongan pengurusan tertinggi dan juga kakitangan sokongan adalah seperti berikut:

Sistem pengurusan yang sering berubah

Sistem pengurusan perlu dikuasai oleh setiap pekerja bagi mendapatkan pengurusan yang efisien dan produktif. Andai sistem pengurusan bagi organisasi tersebut sering mengalami perubahan, kakitangan akan mengalami tekanan kerja kerana tidak memahami konsep dan bidang kuasa kerja dengan tepat dan jelas. Sudah pasti kerja akan dilakukan dalam keadaan bercelaru dan tidak tahu kepada siapa untuk dirujuk.

Komunikasi ‘break down’

Ini adalah antara ranking tertinggi masalah yang sering berlaku di organisasi. Ada beberapa sebab berlaku masalah ini. Antaranya pihak atasan terlalu ‘bossy’ dengan kakitangan mereka. Mereka tidak mengendahkan masalah yang berlaku di peringkat bawahan, tidak ‘briefing tugasan’ dengan baik, dan banyak memberikan arahan. Peratus tertinggi ialah pihak atasan hanya memberikan arahan kepada pekerja bawahan. Bayangkan apabila komunikasi tidak berkesan bagaimana pengurusan di organisasi tersebut? Anda sendiri tentu dapat bayangkan.

Posisi kerja dan kelayakan jauh berbeza

Antara rungutan yang sering diajukan kepada saya ramai staf yang tidak dapat menguasai bidang kerja mereka dengan baik. Cuba bayangkan anda berpotensi dalam bidang IT tetapi diletakkan dalam pengurusan kewangan. Bagaimana anda ingin menjalankan kerja anda? Saya tidak mengatakan itu adalah mustahil untuk dilakukan. Cuma jika tidak ada penerangan bidang kerja dengan jelas pasti akan memberikan tekanan pada staf tersebut.

Kurang mendapat pendedahan dan kursus

Kerja adalah satu cara menuntut output dari anda. Tetapi jika bertahun-tahun output dituntut dari seorang pekerja sedangkan dia kurang mendapat input, bagaimana situasi kerjanya? Pasti anda akan stres, kurang mahir dan juga hilang motivasi untuk melakukan kerja setiap hari. Ramai yang mengadukan hal ini kepada saya. Ada organisasi yang tidak dapat menguruskan latihan untutk staf mereka dengan baik sehinggakan ada yang bekerja 10 tahun belum pernah menghadiri kursus-kursus kemahiran kerja dan motivasi pembangunan diri.

Comments (4)

Assalaamu’alaikum

Apa khabar Along ? Didoakan sihat dan sentiasa bermotivasi tinggi dalam menggerakkan “gergasi” yang mungkin sedang tidur atau pengsan dalam diri manusia yang memerlukan bantuan untuk bangun dengan segar dan cergas.

TAHNIAH kerana Along sudah banyak menyumbang artikel/tulisan yang bernas untuk manfaat semua. Akak turut berbangga dengan kongsian ilmu yang Along muatkan di laman Motivasi Kerja yang semakin mulai menampakkan hasilnya. Mudahan akan berterusan dan dirahmati Allah swt atas segala usaha yang baik ini.

Pemimpin yang baik dan berkesan akan mudah disukai dan diteladani oleh para pekerjanya. Keseronokan bekerja dalam kalangan para anggota organisasi menjadi faktor utama kepada kecemerlangan sesebuah organisasi. Tidak rugi mengamalkan sikap ramah dan mengambil berat terhadap kebajikan pekerja. Perkara ini akan menjadikan mereka dihargai dan bersemangat untuk meneruskan pekerjaan dengan penuh dedikasi.

Pertukaran atau perubahan yang kerap berlaku dalam struktur pengurusan akan mengakibatkan kemerosotan daya tumpuan yang konsisten dalam organisasi. Ini juga akan menimbulkan kekeliruan terhadap sebarang arahan yang dijalankan kerana perbezaan misi dan visi bagi setiap pengurusan yang baru.

Tidak dinafikan, yang selalu menerima kesan hasil setiap perubahan yang berlaku dalam organisasi adalah pekerja bawahan. Akak bersetuju dengan pandangan Along hasil dari maklumat yang diperolehi dalam setiap kursus bahawa kurangnya komunikasi, ketidaksesuaian kelayakan kerja dan kurang mendapat pendedahan kursus merupakan punca ketidakseronokan bekerja dalam kalangan pekerja sendiri.

Komunikasi dua hala yang berkesan akan membantu meningkatkan daya saing dan kerjasama yang erat. Posisi kerja yang betul akan memberi peluang kepada para bekerja membuktikan pengalaman dan upaya mampu mereka dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Manakala kursus pula akan memantapkan ilmu dan profesioanlisme pekerja dalam menguasai kemahiran-kemahiran baru yang akan membantu mereka meningkatkan produktiviti dalam organisasi.

Semoag terus maju dan berjaya dalam bidang yang dicintai oleh Along. Kerjaya Along kini semakin menjadikan Along lebih dewasa, berfikiran terbuka dan yakin untuk terus menggapai impian yang diazamkan bagi tahun 2010. Selalu ada doa dari akak untuk kebahagiaan dan kejayaan Along di dunia dan akhirat.

Salam manis selalu dari Sarikei, Sarawak.

Motivasi sangat penting…Pekerja yang kurang bermotivasi lebih cenderung untuk pentingkan diri sendiri sahaja…

Kak Siti: Alhamdulillah sihat saja. Kesibukan sedikit mengganggu konsentrasi menulis ketika ini. Tetapi insya Allah masih terus menulis walaupun sedikit. Idea datang kerana banyak pendedahan. Jadi supaya terus mendapat idea, rasanya elok dikongsikan dengan orang lain. Pengalaman bekerja sebagai konsultan memang banyak memberikan view tentang banyak masalah yang berlaku di organisasi. Mungkin kerana itulah saya menolak tawaran sebagai pegawai pendidikan tinggi siswazah baru-baru ini. :)

Blinkky: Memang tepat sekali. Pekerja tidak bermotivasi biasanya akan melakukan kerja tanpa sepenuh hati. Sekadar melepaskan batuk di tangga. Hasil kerjanya perlu diubah dan ditambahbaik.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: