Membentuk Organisasi Pembelajaran
Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 12-02-2010
0
Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh
Apabila menyebut tentang belajar anda mesti teringatkan zaman persekolah anda dahulu. Masih terbayang waktu suka duka sewaktu zaman remaja yang penuh dengan keseronokkan. Memang benar zaman menuntut ilmu adalah zaman paling sukar dilupakan.
Namun anda tidak menyedari bahawa proses pembelajaran di zaman sekolah masih boleh diteruskan di peringkat kerjaya anda. Hebatnya di zaman kerja dinamakan sebagai organisasi pembelajaran atau ‘learning organization’. Saya memetik beberapa definisi berkaitan dengan konsep organisasi pembelajaran ini untuk memudahkan anda memahaminya.
Nancy Dixon:
“Keupayaan organisasi memaksimumkan penggunaan potensi sumber manusianya bagi meningkatkan kualiti.”
Pedler, Burrgoyne & Boydell:
“Organisasi yang dapat meningkatkan pengetahuan tenaga kerjanya melalui pembelajaran secara berterusan bagi memperbaiki organisasi itu sendiri dari semasa ke semasa.”
www.bussinessdictionary.com
“Organization that acquires knowledge and innovates fast enough to survive and thrive in a rapidly changing environment. Learning organizations (1) create a culture that encourages and supports continuous employee learning, critical thinking, and risk taking with new ideas, (2) allow mistakes, and value employee contributions, (3) learn from experience and experiment, and (4) disseminate the new knowledge throughout the organization for incorporation into day-to-day activities.”
Sebenarnya istilah ini bukan lagi baru dalam sesebuah organisasi. Namun sebagai seorang pekerja mungkin ini adalah kali pertama anda membaca dan memahaminya. Dalam organisasi perlu menghantar pekerja-pekerjanya mengikuti kursus-kursus dan juga mengadakan seminar-seminar tertentu sebagai langkah untuk mengubah sikap, minda dan juga meningkatkan kemahiran yang berkaitan dengan kerja.



