Memiliki Keazaman Yang Kuat

Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 13-11-2009

6

mentolSeorang saintis Barat dan juga seorang pereka Thomas Alva Edison bukanlah nama yang asing bagi kita. Saya tertarik dengan kata-kata Edison:

“Genius itu 1% inspirasi dan 99% keringat.”

Pendek sahaja kata-kata motivasi ini tetapi sudah memadai untuk kita menggali maksudnya. Keazaman yang kuat amat penting untuk berjaya. Keazaman yang kuat akan mendorong untuk terus berusaha dan berusaha sehingga berjaya. Tetapi perlu diingat juga bahawa azam sahaja tidak akan membawa apa-apa kesan melaiankan ia diikuti dengan usaha yang kuat. Cuma azam menjadi titik mula untuk anda memulakan usaha yang berterusan.

Kata-kata Edison ini menunjukkan bahawa beliau sememangnya seorang yang tidak kenal erti putus asa. Selepas beliau berjaya mencipta lampu elektrik beliau pernah berkata: “Saya tidak gagal. Saya hanya menemui 10000 cara yang tidak mendatangkan hasil.”

Comments (6)

Assalaamu’alaikum

Setiap kejayaan itu bermula dari langkah pertama. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ( heh… terpukul dengan seorang insan yang mulia hatinya kerana pernah menitip kata-kata ini.) :D

Kejayaan yang diraih melalui azam akan mempunyai impak yang besar dalam hidup kita. Bermula dengan azam @ cita-cita @ impian @ keinginan atau yang seumpamanya, mampu mengubah cara fikir dan gaya hidupnya.

Kita selalu membaca atau mendengar kejayaan yang dicapai oleh manusia yang hebat dalam sejarah pembangunan dan kemajuan manusia. mereka hanya golongan biasa dan bukan mewah hidupnya. Kebanyakkan mereka adalah golongan yang dulunya hidup susah atau sederhana tetapi kerana azam yang kuat dan bersarang kukuh di hati tanpa mengenal putus asa dan kecewa menjadikan mereka manusia hebat dan berjaya sesudah itu.

Tulisan saudara Asrulnizam di atas telah membuktikan bahawa dengan tekad semua perkara mustahil menjadi kenyataan. Tahniah atas motivasi ini.

JADIKANLAH SATU KEYAKINAN BAHAWA APA YANG ANDA CITA-CITAKAN PASTI TERCAPAI DAN APA YANG ANDA USAHAKAN PASTI BERHASIL.

Salam hormat.

Kak Siti: Rasanya akak terlalu memuji saya di sini. Saya mengharapkan sokongan untuk terus menulis. Masih banyak yang perlu diperbaik. Ini adalah permulaan yang baik sejak saya menulis blog ini. Mudah-mudahan Allah terus memberikan idea yang baik untuk dikongsikan. Amin.

Ibtisam: Terima kasih banyak atas kata-kata ini.

Keazaman biasanya datang dari sikap yang ingin memperbaiki kehidupan yang lebih baik..yang ingin membuat sesuatu di luar pemikiran dan tidak hairanlah sekiranya banyak inventor datang dari bukan kalangan bangsawan…kepayahan, kesusahan dan keperitan hidup menambahkan lagi keazaman seseorang…berbanding dengan mereka yang berada di kelompok “comfort zone”..

Kak Faiz: Kezaman selalunya terbit bila diri ditimpa kesusahan dan keperitan hidup. Semakin dilanda kesusahan diri akan semakin berazam untuk mengubah keadaan dirinya. Berbanding mereka yang berada dalam zon selesa, pemikiran mereka sedikit tumpul kerana tidak tahu apa yang ingin dicapai dalam hidup hanya kerana merasakan mereka telah selesa dengan kehidupan sebegitu dan merasakan akan terus begitu selama-lamanya.

Write a comment