Mengenali Potensi Diri (2)

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri, Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 09-12-2009

8

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

potensi-diriSatu topik yang sangat menarik untuk saya kongsikan bersama anda. Setiap insan yang dijadikan Allah Subhanahu Wataala mempunyai anugerah potensi dan bakat yang sangat bererti pada dirinya. Itu menunjukkan bahawa Allah Maha Adil kerana menjadikan manusia mempunyai kelebihan dan dalam masa yang sama ada juga kelemahan pada dirinya. Persoalannya mengapa anda tidak dapat membongkar potensi anda? Sedangkan anda tahu Allah menganugerahkan bakat kelebihan pada setiap manusia.

Saya ingin mengubah sedikit corak pemikiran kita semua tentang potensi. Selalunya bila menyebut tentang potensi anda akan bertanya pada diri anda, apa dia potensi saya? Dan dalam minda anda berlegar bahawa potensi adalah kemahiran fizikal yang ada pada seseorang individu.

Sebenarnya potensi bukan hanya sekadar kemahiran fizikal. Itulaha sebahagian daripada cabang potensi diri anda. Potensi adalah sesuatu yang positif dalam diri anda. Sama ada dalaman atau luaran itu semua dikira sebagai potensi diri. Jika anda berkemahiran dalam bidang tertentu seperti bersukan, kraftangan, memasak, menyulam dan sebagainya itu sememangnya adalah potensi fizikal anda. Tetapi perlu diingat juga bahawa jika anda seorang yang rasional, penyayang, penyabar, gigih, kreatif, bersemangat, tahu cara menghargai orang lain itu juga dikira potensi diri anda yang perlu anda serlahkan.

Seorang yang berjaya tidak hanya bergantung pada kemahiran fizikalnya semata-mata. Tanpa bantuan potensi dalaman kejayaan yang anda impikan tidak akan ke mana. Seorang motivator tidak akan berjaya jika hanya mempunyai kepakaran dalam ‘public speaking’. Motivator yang berjaya memerlukan kreativiti, semangat, menghargai orang lain, komunikasi yang baik serta beberapa lagi potensi dalaman yang perlu dikuasai. Barulah boleh digelar seorang motivator yang berjaya.

Begitulah juga dengan seorang pekerja seperti anda. Kedudukan anda sekarang tidak dinilai dari kepandaian anda mengendalikan kerja anda sahaja. Untuk lebih berjaya anda perlu mencari lagi potensi-potensi dalaman anda untuk anda serlahkan dan menyokong kemahiran fizikal yang anda ada sekarang. Anda seorang pakar IT yang hebat, tetapi percayalah anda tidak akan dapat naik setingkat lebih tinggi jika anda hanya menguasai kemahiran itu. Anda perlu menyokongnya dengan potensi komunikasi yang baik, sedikit kreativiti, dan jika perlu adunkannya dengan kemahiran-kemahiran yang lain barulah anda boleh berjaya.

Comments (8)

Assalamualaikum Tuan Rumah

Entry yang menarik!
Mengenal potensi diri siri (2) perlu diteruskan setiap minggu sepanjang tahun. Harap akan kekal sehingga siri (52)

Saya percaya ramai pembaca yang menghargainya dengan kupasan lebih dalam.

Moga menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua…

Salam ceria & inspirasi

Assalamualikum

Asalamualaikum ,
Teman setuju bila artikel ni di kupas lebih lagi….lama -lama paham le

Salam AlongCaPR,

Saya pun sokong jika entry ini dikupas lagi dalam. Begitu bermakna entry ini buat saya. Bila baca ni, terasa lebih menghargai diri. Keep it up!. \o/

Norman & Pemburu Impian: Terima kasih atas sokongan pada artikel ini. Insya Allah atas permintaan saya akan menulis tentang potensi agar view kita semua lebih terbuka.

salam ust,,,

POTENSI DIRI….

sesuatu yang hanya dinilai manusia dari segi luaran tapi hebat kesannya di dalam diri manusia itu sendiri.. sesuatu yang tak dapat dihargai dengan mata kasar tapi kurniaan terhebat Ilahi pada kita sebagai hambaNya tanpa kita sedari..sesuatu yang kadangkala hanya orang lain yang dapat menilainya tanpa kita yakini itu adalah diri kita..

itu adalah potensi diri kita… hargai dirimu kerana setiap makhluk yang dijadikan Allah mempunyai manfaat tersendiri kepada dirinya dan pada orang lain…

Aida: Sebenarnya pada pandangan saya, ada orang tidak tahu bahawa dalam dirinya ada bakat tertentu. Tetapi ramai juga yang tahu dirinya berpotensi tetapi kerana halangan-halangan tertentu dan alasan-alasan tertentu menjadikan potensinya menguncup dan tiada perkembangan.

Assalaamu’alaikum

Menurut saya, apa yang melibatkan hal yang bersangkutan dengan perasaan dan sifat adalah lebih menjurus kepada kehendak FITRAH semulajadi manusia yang perlu dibangun seiring dengan POTENSI yang ada. Potensi adalah upaya diri manusia untuk diserlahkan mengikut kemampuan masing-masing.

Potensi perlu dibangun dengan kesedaran. ia melibatkan keinginan. keberanian dan keyakinan diri. tanpa ketiga-tiga perkara tersebut, potensi hanya akan berada dilubuk yang tak terjangkau oleh tangan.

Oleh yang demikian, untuk berjaya dan membina empayar diri yang utuh… harus ada usaha terbimbing ke arah kejayaan itu. baik ia dari usaha dalaman (diri) mahupun dari luaran (motivasi terarah).

Teruskan usaha untuk membongkar rahsia kejayaan manusia dari semasa ke semasa.

Kak Siti: Bila disebut sebagai potensi maknanya sesuatu yang positif yang masih terpendam di dalam diri kita. Dan apabila dikeluarkan potensi itu maka kita akan menikmati hasil sesuatu yang positif dari diri kita. Potensi luaran dan dalaman. Fitrah juga adalah sebahagian daripada potensi dalaman yang perlu kita kaji dan teliti.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: