Mengubah Mind Setting
Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 23-12-2009
6
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ahad yang lepas saya menghantar adik ipar saya ke rumah sewanya di Gombak. Perjalanan dari Bandar Baru Bangi menuju ke Gombak sudah pasti saya akan melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) untuk ke Tol Sungai Besi. Sewaktu saya hampir ke tol, saya lihat banyak sekali kereta beratur di lorong tunai. Sekalipun ada lima atau enam lorong untuk tunai tetapi masih banyak kereta beratur untuk bayar tol.
Melihat keadaan kereta yang bersusun, saya terlihat lorong tunai berlapis masih lengang dan tidak ada kereta ke sana. Lantas terus memandu ke arah lorong tersebut dan membayar tol. Namun saya terfikir mengapa pemandu-pemandu kereta yang lain lebih rela berada di lorongan yang jem?
Selalunya perkara yang berulang-ulang kita lakukan maka secara tidak sedar ia sebenarnya menjadi kebiasaan kita. Kebiasaan inilah yang membuatkan anda sukar untuk menerima perubahan sekalipun anda ada peluang untuk berbuat demikian. Kebiasaan ini telah menjadi mind setting. Dan mengubah mind setting bukan tidak payah sebenarnya. Apa yang perlu anda buat ialah lakukan perkara di luar kebiasaan anda berfikir. Insya Allah lama kelamaan anda akan tidak terikat dengan mind setting anda. Bahkan anda akan lebih kreatif dalam berfikir.
Selalu yang berlaku, seperti contoh yang saya berikan di atas. Mind setting adakalanya boleh menjadi sebagai penghalang kepada cara berfikir. Di sinilah bahayanya jika mind setting tidak diubah. Setiap akal diberikan anugerah untuk berfikir. Malangnya cara berfikir dihalang oleh mind setting yang anda bentukkan sendiri.




betul bro.. mmg manusia kalu da selalu buat satu perkara akan menyebabkan dier lakukan perkara tu tanpa sedar.. sbb biler da biasa lakukan tiap2 hari.. minda bwah sedar akan mempengaruhi pemikiran kita..
Salam ziarah.
Boleh saya menambah sedikit..
“Apa kata kita ubah kebiasaan negatif kita kepada yang sebaliknya, dan jadikan ia kebiasaan baru yang sukar diganggu gugat”
..sempena tahun baru, dengan kebiasaan baru, yang lebih baik..
yea.. saya ni kekadang memang agak sukar nk kawal fikiran dlm otak ni..apatah lagi bila time moral down tapi semenjak apa yg saya amalakan Alhamdulillah lebih selesa :D apa yg sy amalkan slbm tidor dan selepas bgn.. selawat byk istigfar byk dan fikirkan apa2 yg +ive.
Hidup Berani Untuk Gagal: Wah id memang power. Minda bawah sedar inilah yang bahaya jika kita tidak mengubahnya secepat mungkin. Kebiasaan perlu diubah segera supaya sikap dan mind setting juga akan turut berubah menjadi lebih positif.
Ustaz Cahaya: Terima kasih ustaz atas pesanan itu. Insya Allah tahun baru saya akan cuba bina kebiasaan yang baru.
Bijan: Salam perkenalan Bijan. Mind Setting memang agak sukar untuk diubah memandangkan cara kita berfikir sudah berzaman kita lakukan cara yang sama. Jadi kebiasaan itu memberikan kesan yang sangat besar kepada kehidupan kita seharian. Bagus sekali dengan cara Bijan lakukan sebelum tidur. Imbas kembali kesilapan dan mulakan berfikir sesuatu yang baru. Insya Allah akan beroleh kejayaan.