Menyesuaikan Diri Di Tempat Kerja

Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 17-11-2009

10

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

DBU2013Apa khabar anda semua? Bagaimana suasana tempat kerja anda? Adakah anda selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan tempat kerja anda? Jawabnya tidak dapat tidak anda perlu berusaha untuk menyesuaikan diri di tempat kerja anda. Sekiranya anda bertukar ke tempat yang baru, penyesuaian diri di situ sememangnya memberikan sedikit masalah. Ada orang yang bekerja merasakan tempat kerjalah yang perlu berubah mengikut dirinya.

Bagi mereka yang beranggapan begini, anda mungkin boleh mengubah persekitaran kerja anda jika anda seorang bos kerana kuasa mengubah tersebut ada pada anda. Tetapi jika anda hanya bekerja di bawah orang lain anda hanya mampu menyesuaikan diri untuk biasa di situ.

Pentingnya menyesuaikan diri dengan tempat kerja, kerana ia memberi pengaruh besar dalam kehidupan anda. Bayangkan jika anda bekerja di tempat yang anda sendiri tidak boleh mengikut keadaan di situ, ia bukan sahaja memberikan impak negatif pada kerja anda semata-mata bahkan ia juga turut memberikan kesan buruk kepada diri anda juga. Seterusnya akan mempengaruhi kepada keluarga anda dan akhirnya melibatkan kehidupan anda seluruhnya.

Bukan anda sahaja mengalami masalah seumpama ini, orang lain juga mengalaminya. Cuma anda perlukan sedikit penelitian untuk memudahkan anda menyesuaikan diri di tempat kerja. Perhatikan tempat kerja anda dari sudut pekerja-pekerjanya jenis yang bagaimana, kemudian bagaimana sistem pengurusan tempat tersebut, apa pula kemudahannya, bagaimana cara mudah untuk anda berulang-alik ke tempat kerja, siapa bosnya dan banyak lagi. Jangan merasa susah untuk melakukannya kerana anda boleh memulakannya perlahan sejak hari pertama anda di tempat kerja anda. Bila anda sudah mula mengetahui selok-belok tempat kerja anda, percayalah anda akan dapat menyesuaikan diri dengan baik.

Comments (10)

Assalamualaikum Tuan Rumah,

Ingin berkongsi sedikit pengalaman bekerja di lebih dari 20 syarikat dan industri….

Minggu 1: Study Perniagaan/Servis Syarikat
Minggu 2: Study Carta Organisasi syarikat
Minggu 3: Study Peranan “saya” dalam syarikat
Minggu 4: Atur strategi untuk menjadi hebat dlm syarikat tersebut.

Sebagai motivasi,

Dengan Tips di atas, ambo pernah dilantik menjadi GM dalam tempoh 3 bulan dalam sebuah syarikat cina.

Salam ceria & inspirasi

Assalamulaikum

Fathuri: Alhamdulillah saya ada seseorang yang sepatutnya berkongsi pengalamannya di sini. Andai ada ruang nanti Fath emelkan saya pengalaman berharga ini untuk dikongsikan. Bukan mudah untuk menyesuaikan diri di tempat kerja baru. Tak kena gayanya boleh stres dan give up untuk berusaha.

assalalamualikum,hem.terima kasih ya,saya ni masih mencari peluang kerja,belum dapat juga

Bekerja di tempat baru memang bagi sesetengah orang pengalaman yang tidak menyenangkan. Pada pendapat saya, sekiranya kita berfikiran positif, tentu kita akan dapat menyesuaikan diri di tempat baru dalam masa yang singkat. Tentunya pengalaman Pemburu Impian itu satu pengalaman yang menarik dapat patut dicontohi agar kita berasa gembira dan mampu mencapai matlamat yang kita inginkan.

masih lagi belajar dan tidak ada pengalaman bekerja.
So, ni platform terbaik untuk kutip ilmu. Salam kenalan.. pada pendapat saya, untuk menyesuaikan diri dengan tempat kerja…apa yang paling penting ialah macam mana kita berinteraksi dengan orang sekeliling kita. bila interaksi dgn org skeliling dah cemerlang….lain-lain hal akan jadi smooth….haha

Ishak Hasimi: Terima kasih juga singgah di sini. Pendapat Ishak sangat dinantikan.

Kak Long Mawar Merah: Benar Kak Long, kalau berfikiran positif akan membantu lebih mudah untuk menyesuaikan diri. Orang pun mudah untuk menerima kita sebagai ahli baru di tempat kerja. Tapi kalau berfikiran negatif segalanya akan menjadi susah.

Cjalhafiz: Salam perkenalan singgah di sini. Mudah-mudahan adapat input yang baik. Banyak cara sebenarnya untuk menyesuaikan diri. Cuma terpulang pada diri untuk melakukannya atau tidak. Tip-tip ni adalah sebahagian yang boleh anda lakukan juga.

Menyesuaikan diri di tempat kerja baru tu saat yang paling susah. Kita harus lihat2x kondisi environment tempat kita kerja. Inputan anda pun bagus buat kita2x semua.

Jawatan Kosong: Terima kasih banyak kerana ziarah di sini. Menyesuaikan diri bukan sekadar melihat bahkan meneliti persekitaran dan cuba untuk memahaminya dengan sebaik mungkin.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: