Metodologi Menangani Stres (2)
Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 27-01-2010
6
Assalamualaikum Warahmatllahi Wabarakatuh
Rancang kerja anda
Saya pasti semua orang mengalami situasi tekanan di tempat kerja. Sama ada banyak ataupun sedikit itu semua terpulang kepada situasi kerja yang dihadapi. Tekanan kerja akan melemahkan pemikiran dan juga melembapkan tindakan kerana minda tidak lagi mampu berfikir untuk menyelesaikan masalah.
Selalunya masalah yang sering dialami ialah kegagalan menyusun kerja yang diterima. Gagal menyusun keutamaan kerja akan meletakkan anda dalam keadaan stres dan tertekan. Setiap tugasan atau kerja pasti ada due date yang telah ditetapkan. Berdasarkan due date anda sudah boleh melihat keutamaan kerja anda. Yang penting dan yang segera perlu diutamakan terlebih dahulu berbanding yang penting tidak segera.
Merancang kerja akan melatih anda tentang disiplin masa yang perlu diperbetulkan. Barulah masa tidak terbuang begitu saja. Anda juga boleh lakukan sendiri dengan membuat jadual jangka panjang seperti dalam tempoh tiga bulan apa yang ingin anda siapkan. Kemudian kecilkan lagi dengan melakukan perancangan kerja untuk satu bulan. Maka kerja anda akan disusun dengan baik dan anda tidak pening lagi untuk melakukannya. Selamat mencuba!




Salam,
Satu tips yang menarik utk saya aplikasikan. Terima kasih.
Soalan saya,
Kebanyakan stress akan datang jika dapat kerja ad hoc. Kerja yang datang secara tiba2 dan perlu disiapkan dgn kadar segera. Bagaimana pula utk atasi stress diwaktu tersebut?
Nozi: Salam Kak Nozi. Awal pagi saya dah menerima respon dari akak. Itulah perlunya perancangan kerja. Perancangan kerja akan membantu apabila adanya tugasan mengejut seperti kerja adhoc. Sebenarnya bidang kerja kita tidak besar sangat. Dalam tempoh tertentu kita akan dapat memahami situasi kerja kita. Akak bekerja sudah berapa lama? Along pasti dalam tempoh itu akak sudah dapat menguasai kerja dan dapat merancang keperluan tugasan untuk dilakukan. Jadi andai ada tugasan lain seperti adhoc sudah pasti dapat diselesaikan. Namun ketiadaan perancangan kerja bermakna beban kerja bertambah. Jadi jangan abaikan merancang kerja secara mingguan dan bulanan.
Saya seorang ibu yang berkerjaya. Bagaimana dan adakah tips untuk mengimbangi tekanan tugasan di tempat kerja dan juga tugasan rumahtangga ?
saya selalu tension bile selalu tkde mood nk siapkan tugasan yg memerlukan pemikiran ni.. mcmne ye nk baiki menda ni?
Nurya: Mengapa stres bila takde mood? Sebab takde mood adalah sebahagian gangguan emosi. Bila takde mood akan menutup pemikiran kita. Nak baiki sukar juga sebab perlu dilihat apa pekerjaan dan jawatan anda. Semakin tinggi jawatan semakin tinggi berdepan masalah dan tekanan. Perlu dilihat di mana puncanya.
Assalaamu’alaikum
Selagi kita bernama manusia, urusan kerja adalah milik kita dalam semua aspek kehidupan. Semuanya mempunyai hubungan dan kolerasi yang signifikan bagi kesinambungan sebuah kehidupan yang sempurna.
Tekanan adalah sahabat kepada kehidupan manusia. Jika tidak tahu menangganinya, manusia akan resah, terbeban dan mungkin boleh gila. Pengurusan masa yang baik akan membantu meringankan tekanan yang dihadapi.
Saya bersetuju dengan tips dan jalan keluar yang Along cadangkan di atas. penjadualan kerja mengikut masa yang ditetapkan akan memberi ruang yang luas bagi kita menyelesaikan sesuatu tugasan.
Jika kita banyak merungut dan marah, bebanan akan semakin meningkat. Bersikap positif dalam menghadapi setiap kerja akan meringankan beban fikir. Banyak bertanya dan berbincang akan mengurangkan beban fikir. Komunikasi berkesan perlu diwujudkan bagi mendapat persefahaman dalam tugasan secara kolaborasi.
Salam mesra selalu dari Sarikei, Sarawak.