Metodologi Menangani Stres (4)
Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 03-03-2010
9
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Tekanan kerja sememangnya menjadi punca utama anda stres bukan? Bagaimana jika tahap stres anda ketika ini berada di tahap kemuncak? Bukan mudah untuk anda menghilangkan tekanan itu. Jika saya memberikan sehelai kertas putih untuk anda menghilangkan tekanan anda ketika itu, agak-agaknya apa yang anda lakukan?
Berkemungkinan tindakan berikut mungkin berlaku kepada:
- Jika anda tertekan kerana dimarahi bos, saya pasti kertas putih itu anda gunakan untuk melukis wajah orang yang anda benci kemudian membuat tanda pangkah pada wajahnya.
- Mungkin juga anda akan menggumpal sahaja kertas itu dengan menganggap itu adalah beban berat yang anda pikul dan kemudian membuang kertas itu bersama masalah yang anda hadapi.
- Atau mungkin anda membakar kertas itu, kerana itulah api kemarahan anda yang sedang meluap-luap.
- Anda mengoyakkan kertas itu dengan kasar dengan membayangkan protes anda terhadap bebanan kerja yang anda terima.
- Berkemungkinan juga anda akan mengambil pensil, kemudian menikam kertas putih dengan agresif.
Saya bertanya kepada anda, bagaimana anda rasa selepas itu? Adakah semua tekanan anda berkurangan dan masalah kerja anda berkurangan? Anda ada jawapannya. Sebenarnya sehelai kertas putih memberikan banyak makna kepada anda ketika anda stres. Kebarangkalian di atas adalah amat tinggi untuk anda lakukan ketika sedang stres. Terutamanya hyperstress.
Sebenarnya kertas putih itu anda perlu gunakan ia untuk anda menulis apa punca kepada stres anda dan senaraikan seberapa banyak cara untuk menangani masalah anda. Tidak ramai yang mampu melakukannya. Menyenaraikan punca stres dan masalah sampingan yang menekan keadaan anda. Bukankah itu lebih baik? Tekanan kerja perlu dihadapi dan ditangani dengan cara berdepan bukan cara melarikan diri dari masalah kerja anda kerana ianya akan lebih memburukkan situasi tersebut. Berhadapan masalah akan mematangkan usia pekerjaan yang anda ceburi. Bahkan anda akan lebih bersedia menerima cabaran dan hakikat bahawa dalam dunia pekerjaan banyak yang perlu anda terokai dan fahami. Jadi jangan takut pada stres. Selamat mencuba!




heehee, cam ceramah motivasi lakk..
salam ziarah..
Assalaamu’alaikum Tuan Motivasi
Alhamdulillah…. awal pagi saya sudah menerima suntikan semangat membaca postingan yang hebat ini. Walau bicaranya berbentuk negatif bagi membuka ruang kita berfikir apakah itu metodologi yang bakal kita ambil untuk menangani stress.
Saya berkeyakinan penulis Motivasi Kerja mahu menjernihkan hati dan minda kita dari melakukan sesuatu yang dikira tidak sesuai dan tidak rasional yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia yang dikurniakan akal fikran.
Saya bersetuju untuk menangani tekanan kerja atau perasaan haruslah dengan cara berhadapan, berterus terang dan berkata benar akan apa yang terbuku di hati. Perluahan dan perbincangan secara rasional akan lebih membuahkan hasil yang hebat dan memberi ruang kefahaman antara dua pihak yang berkenaan.
Alhamdulillah…. satu kaedah meluahkan perasaan melalui tulisan juga mampu menzahirkan tekanan menjadi lebih ringan. tulislah apa yang ada diminda dan hati sehingga timbul kepuasan..kemudian berhenti. tenangkan diri. setelah tenang… sebaiknya baca kembali apa yang telah ditulis. Saya pasti tentu kita akan sedar apa yang kita lakukan mempunyai kaitan dengan diri kita juga.
Maka selesaikan tekanan secara berhadapan akan lebih meningkatkan daya profesionalisme dalam komunikasi dan interaksi. akhirnya tugas semakin mudah dilakukan.
Salam mesra dari saya buat Tuan Motivasi yang selalu memotivasikan saya untuk meningkatkan daya kerja dan menambahbaik emosi dalam kehidupan. Semoga dirahmati Allah swt.
IPGM IPG Kampus Rajang
Bintangor, Sarawak.
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Entri di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya pada petikan di bawah ini
“Tekanan kerja perlu dihadapi dan ditangani dengan cara berdepan bukan cara melarikan diri dari masalah kerja anda kerana ianya akan lebih memburukkan situasi tersebut.”
Membaca petikan tersebut membuat ingatan ambo singgah pada sebuah syarikat yang pernah ambo jadi GMnya…
Itulah nasihat MD kepada ambo dikala berhadapan dengan situasi yang mengocak ketenangan emosi dan minda…
Benar kata tuan,
“Bahkan anda akan lebih bersedia menerima cabaran dan hakikat bahawa dalam dunia pekerjaan banyak yang perlu anda terokai dan fahami. Jadi jangan takut pada stres. Selamat mencuba!”
Hari ini, ambo sudah mesra dengan stress kerana sudah ditukar namanya menjadi”cabaran”
Oleh itu, ayat tuan dibawah,
“Jadi jangan takut pada stres”
Sudah ditukar menjadi
“Jadi jangan takut pada cabaran”
Cabaran itu, memberi peluang untuk berfikir dan bertindak.
“Cabaran” baru, memberi peluang untuk berfikir cara baru dan bertindak cara baru.
“Cabaran” lama, tidak perlu bimbang, sebab sudah ada pengalaman…
“Umat Muhammad bakal bertambah seorang lagi? Tentu Tuan sedang teruja untuk merasai pengalaman memeluk anak sendiri….semoga selamat dan dimudahkan semua urusan oleh Allah.
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
Siti Fatimah Ahmad: Salam motivasi untuk puan juga. Tekanan kerja perlu dihadapi untuk lebih matang dalam tindakan pada masa-masa akan datang. Mungkin sekali stres kerana tidak tahu penyelesaiannya. Tetapi jika sudah berjaya menghadapinya sudah pasti kali kedua tidak ada lagi stres. Bahkan sudah pasti usahanya lebih baik.
Pemburu Impian: Terima kerana lontaran idea baik ini. Rasanya sudah lama saya tidak mendapat curahan idea pemburu impian. Sejujurnya apa yang ditulis itulah yang dihadapi sekarang. Memang jika dilakukan kemungkinan-kemungkinan sebagaimana yang saya tulis tu stres tidak akan dapat diselesaikan. Akhirnya akan memikirkan cara juga. Jadi alangkah baiknya terus menulis punca dan cara untuk cuba menyelesaikannya. LAgi bermakna.
salam sejahtera..
hurm jika seseorang tu melukis lakaran mungkin juga suri blh berikan tafsiran secra peribadi kot..hehe..sb dulu ada amik lukisan kat sek menengah..
benar tu along..
jika kita menulis dgn cara menekan pun ada makna yang tersurat..tersirat.apapun segalanya boleh di rombak sekiranya kita mempunyai motivasi yang tinggi untuk merubah kepad perkara yang kurang baik kpd yang lebih baik..
Suri: Apa yang saya nak sampaikan dalam entri ni ialah kita perlu menulis apa yang perlu kita lakukan ketika dalam keadaan stres. Berfikir begitu je selalunya jalan penyelesaian tidak sampai ke penghujungnya. Jadi menulis di mana punca stres, kemudia menulis langkah untuk menanganinya pasti beroleh kejayaan.
Pernah jugak praktik menyenaraikan punca dan cara menyelesaikan stres. Sangat berkesan dalam mengurangkan stres berkenaan malah membantu kita kita untuk maju kehadapan. Pengalaman bukanlah apa yang terjadi padanya tetapi apa tindakan yang kita lakukan di atas situasi (stres) yang berlaku pada kita.
Cik Yana: Saya dapat rasakan Cik Yana mengalami situasi kerja yang berat. Tidak semua orang mampu melakukannya ketika stres. Itulah masalahnya. Ketika normal mereka boleh sahaja menyenaraikannya dan memulakan tindakan. Tetapi bila sampai tekanan yang hebat mereka hilang punca dan akhirnya tidak dapat mengurus tekanan dengan baik.