Pengalaman Kerja Sebagai Mentor
Posted by Motivasi Kerja | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 19-09-2009
0

Semalam saya mengisi form untuk jawatan di Majlis Amanah Rakyat dan juga Universiti Malaysia Pahang. Dari awal saya mengisi tentang maklumat peribadi, diikuti maklumat berkenaan akademik dan akhir sekali maklumat dengan pengalaman bekerja. Sewaktu mengisi bahagian maklumat tentang pengalaman bekerja, saya berhenti seketika. Mula bertanya pada diri layakkah aku memohon jawatan ini?Pengalaman kerja pun baru setahun jagung.
Lantas mula terfikir bahawa betapa besarnya pengalaman kerja jika anda ingin memohon kerja di tempat lain. Sekalipun mungkin jawatan yang dipohon tidak sehebat mana, tetapi dalam situasi realiti hari ini bukan mudah nak dapat kerja. Pengalaman kerja umpama mentor yang dapat memberikan sedikit harapan dalam memohon kerja.
Sekalipun segulung ijazah memberikan sedikit rasa bangga dalam diri anda, perlu anda ingat bahawa di luar sana juga bukan sedikit jumlah graduan yang memiliki ijazah sepeti anda. Sedangkan mereka yang mempunyai akademik hingga Sarjana pun sukar nak dapat kerja. Jadi biarpun pengalaman kerja anda sedikit dan kecil tapi sekurang-kurangnya anda sudah pun terjun dalam bidang pekerjaan.
Apabila anda diterima bekerja, anda lebih mudah menguruskan diri anda di tempat kerja dan mula tahu bagaimana untuk mempraktikkan anda menjadi lebih baik. Pengalaman kerja yang anda bawa bersama paling tidak telah mengajarkan anda sebagai seorang yang berdisiplin, jujur, berkomunikasi dan mengurus masa dengan baik. Begitulah pengalaman menjadi mentor kepada diri anda. Tanpa pengalaman anda mungkin juga senang ditipu dengan kerja anda, gaji pun berbeza jika anda berpengalaman.
Namun perlu diingat bahawa pengalaman tanpa latar belakang akademik yang bagus pun sukar juga kerana dunia hari menilai anda melalui sijil, diploma, ijazah dan seterusnya. Alangkah bagus kalau anda ada kedua-kedua kriteria ini. Akan lebih senang dan mudah.




on