Persiapan Untuk Temuduga Kerja
Posted by admin | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 18-11-2009
13
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Di akhir-akhir tahun ini banyak sekali jawatan kosong yang memerlukan anda untuk mengisi kekosongan tersebut. Dalam usaha untuk mendapatkan jawatan yang anda pohon, sudah pasti anda berdepan dengan temuduga kerja terlebih dahulu sebelum benar-benar anda menghadapi alam pekerjaan sebenar. Jadi jangan ambil mudah. Cuba isikan diri anda dengan perkara-perkara di bawah:
- Buat kajian mengenai syarikat atau organisasi yang anda ingin pergi temuduga.
- Cari sedikit maklumat berkenaan dengan gred jawatan yang anda pohon.
- Senaraikan soalan-soalan yang bakal ditanyakan kepada anda.
- Update resume anda jika perlu
- Susun sijil-sijil anda mengikut turutan yang dikehendaki (selalunya memang begini)
- Tolong buat pengesahan tarikh, waktu dan tempat temuduga anda selewat-lewatnya 2 hari sebelum anda hadiri temuduga.
- Pakaian paling kemas (baju kurung + berkasut bagi wanita, baju kemeja putih + seluar hitam + bertali leher dan berkasut hitam)
- Yakin dengan diri anda.
- Doa banyak-banyak agar dipermudahkan urusan.




terime kasih.. saye juge pernah pergi temuduga kerja tahun lepas.. dapat.. dan tip2 di atas saye gunekan.. cume saye kurang pada “Cari Maklumat” mengenai gred jawatan dan syarikat..
InsyaAllah lepas ni, saye x kan lupekan tip2 di atas..
Assalaamu’aalikum Long
Alhamdulillah, akak sudah melepasi semua itu. Saat ditemuduga adalah suatu masa yang amat mendebarkan. Maka tips-tips yang Along nyatakan di atas amat berguna kepada mereka yang memerlukannya.
Sebagai seorang yang berpengalaman sebagai panel penemuduga, kejujuran dalam menyampaikan maklumat adalah sangat penting. Di samping itu, kebijakan dalam menghuraikan persoalan yang dikemuka dengan isian yang bernas dan logik sering diambil kira kerana selalunya panel ini suka mengemukakan soalan provokasi spontan untuk melihat keupayaan dan keawajaran dalam berhujjah.
Yang penting, jangan takut. keyakinan dan keberaniaan akan menggerakkan daya motivasi dalaman untuk bercakap dengan tenang dan bersahaja.
Salam hormat dari akak selalu. Mudahan terus bersemangat memberi motivasi kepada mereka yang memerlukan.
KALAU ANDA TIDAK BERANI DAN TIDAK SANGGUP BEKERJA UNTUK KEMAJUAN, TIDAK ADA ORANG YANG AKAN MEMAJUKAN ANDA. KESEMPATAN-KESEMPATAN ITU SENTIASA ADA UNTUK MEMPERLIHATKAN KECEKAPAN KITA.
- Failasuf -
APABILA ENGKAU SUSAH, HALANGAN ITU MESTI DATANG DAN ENGKAU BERDOSA. TETAPI JIKA ENGKAU SABAR, HALANGAN ITU PASTI BERHUJUNG DAN ENGKAU MENDAPAT PAHALA.
- Umar Al-Khattab -
waa….saya semester ini mengambil dua subjek yg banyak menekankan kepada persiapan kepada temuduga. Pertama subjek komunikasi dan perkembangan diri dan ke dua subjek english. sedikit sebanyak dah ada perkembangan dan pengetahuan. tapi adakah lelaki hanya terikat dengan kemeja putih dan slack hitam sahaja? kerana bagi saya itu tidak menarik perhatian….
Assalamualaikum Tuan Rumah
Pada ambo temuduga ini ibarat nak pergi “merisik”. Ke dua-dua pihak sedang mencari maklumat yang dihajati.
Kuncinya cipta impian..dan berani memburunya.
Dalam hidup ini ada banyak pilihan. Termasuk mahu kerja apa, dimana, dan dengan siapa….
Salam ceria & inspirasi
Assalamualaikum
Adney: Alhamdulillah saya rasa gembira kerana apa yang dikongsikan ada juga faedahnya pada orang lain.
Kak Siti: Mudah-mudahan begitulah kak. Kadar yang sedikit pun tak mengapa dah. Asalkan ada manfaat yang boleh dikongsikan dengan umum. Memang part provokasi tu kena bersedia, provokasi akan mencetuskan pemikiran spontan kita kan? So kalau mental dan emosi tak dijaga alamatnya terperangkaplah dengan soalan panel.
Kak Siti: Akak tau tak maksud failasuf? Ini kata-kata dari pemikir. Golongan yang banyak menggunakan pendekatan akal dan berfikir dipanggil failasuf dalam bahasa Arab.
Kak Siti: Kata-kata yang begitu mendalam maknanya. Saidina Umar adalah contoh pemimpin spiritual yang hebat di kalangan sahabat. Insya Allah nanti saya jadikan entri kata-kata ini.
cj’alhafiz: Bagus sekali dua subjek ini. Memang kena struggle dalam dua bab ni sebab sangat penting untuk hadapi temuduga. English power adalah advantage kepada peserta temuduga. Englisah juga perlu ketika presentation untuk syarikat yang besar-besar. Berkenaan baju tu kalau tak silap saya baju putih dan seluar hitam adalah skema kepada temuduga. Tapi ramai yang tidak tahu.
Pemburu Impian: Satu impian satu buruan. Tag yang bagus tu. Cari maklumat tu adalah sebahagian dari persiapan temuduga kan. So biarlah kita ada persiapan dengan maklumat yang baik. Baru rasa yakin berhadapan dengan panel nanti.
Cari Kerja Online…
LOWONGAN KERJA DESEMBER 2009 Purchasing Author: Lowongan Kerja Desember 2009- Kirim ke Teman-…