Tip-Tip Pengurusan Diri (2)
Posted by Motivasi Kerja | Posted in Tips Kerjaya Dan Motivasi | Posted on 16-06-2010
3
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Jika anda bimbang pada tugasan yang akan datang, lakukan tugasan anda sekarang supaya tiada gangguan.
Tip ringkas untuk anda yang bekerja. Selalunya kita risau dengan situasi kerja yang sememangnya menuntut tugasan yang banyak dan komitmen yang tinggi sehingga tidak dapat menstruktur masa dan kualiti kerja dengan baik. Tetapi tidak semua pekerja melaksanakan tugasan yang sedia ada sehingga siap. Mereka lebih rela memikirkan bebanan kerja yang menimbun tanpa berusaha untuk menyiapkannya. Rungutan dan mengomel setiap hari pastinya tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap kerja anda.
Lantas mengurus diri paling utama ialah apa yang perlu anda lakukan untuk menyiapkan tugasan kerja anda hari ini sebelum anda menerima tugasan baru pada esok hari. Elakkan dari terus menyalahkan organisasi yang memberikan tugasan jika anda tidak berjaya menguruskan diri dalam menyiapkan kerja yang diminta.
Bina diri anda yang sebenar sekarang. Utamakan kerja yang penting supaya anda lebih bersedia untuk menghadapi kerja yang baru. Jika tugasan penting anda tangguhkan pastinya esok akan menjadikan ruang kerjaya makin sempit hanya kerana tertekan dengan bebanan kerja, sedangkan pengurusan diri adalah masalah utama anda.





on
Assalamualaikum.
Buat kerja secara bertangguh akan menyusahkan diri sendiri. Tumpukan kepada kerja yang sedia ada dan berusaha menyiapkannya dengan cepat dan berkualiti. Pupuk minat yang mendalam dalam bidang tugas dan sentiasa gembira dengan tugas yang diberikan.
Lagipun pekerjaan yang kita buat sekarang adalah atas ‘minat’ dan kita sendiri yang memohonnya. Maka wajarlah kita sentiasa berminat dan berusaha menyiapkan tugasan hari ini pada hari ini, dan seterusnya.
Sekadar pandangan. Terima kasih.
Assalaamu’alaikum Along
Dengan hormat dan takzimnya, saya berharap sahabat sudi menerima AWARD PERKASA – KAU ADALAH YANG TERBAIK, sempena sambutan HARI BAPA di Malaysia pada 20 Jun 2010. Ia sebagai menghargai persahabatan dalam perkongsian ilmu di ruang maya dan mengenangi jasa para bapa dalam memperjuangkan kehidupan yang harmoni untuk kebahagiaan keluarganya.
http://websitifatimah.wordpress.com/2010/06/21/20-jun-2010-selamat-hari-bapa-untukmu-malaysia-dan-indonesia/
Salam mesra dari saya.
Artikel ni amat berguna, boleh saya cilok tak?