Trajedi Oktober – Ambillah Yang Positif!
Assalamualaikum Warahmatullahi Warakatuh
Dalam bulan Oktober ni banyak perkara-perkara aneh yang berlaku. Baik dalam negara kita Malaysia mahupun luar negara.
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/10/gempa-bumi.jpg" alt="gempa-bumi" width="249" height="163" />Iktibar Al-Quran Gempa Bumi Padang
Bermula dengan gempa bumi Padang yang mengorbankan lebih 1000 nyawa begitu menyayat hati. Tiga gempa bumi yang berlaku dengan 3 waktu yang berbeza memberikan ruang kepada ramai orang membuat penelitian dan kajian tentang bagaimana gempa bumi yang hebat sebegitu boleh berlaku. Sehinggakan ada yang pernah saya baca di satu blog, waktu yang berlaku itu ada kaitannya dengan surah di dalam Al-Quran. Dan apabila saya melihat maksud ayat tersebut saya dapat merasakan ada kebenarannya juga.
Tulisan Al-Quran pada kulit bayimotivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/10/ali-yakubov.jpg" alt="ali-yakubov" width="220" height="289" />
Di Moscow lain pula yang berlaku. Seorang bayi yang berusia 9 bulan di Wilayah Dagestan tiba-tiba menjadi popular apabila di badannya ada tulisan-tulisan Al-Quran. Ali Yakubov yang pernah menghidap sakit jantung dan penyakit berkaitan otak, akhirnya pulih sepenuhnya sejak Ali menerima ayat-ayat Al-Quran tersebut. Fenomena ini saya ajaib kerana berkemungkinan orang dapat menuliskannya memandangkan tulisan tersebut bertukar pada hari Isnin dan Jumaat. Ali juga mengalami demam panas dan tidak dapat tidur sepanjang malam sebelum keluarnya ayat tersebut. Maka kerana fenomena ajaib ini Majlis Mufti Russia sepakat bahawa fenomena ini adalah amaran dari Allah SWT.
Rujuk IzoBlog.Com untuk berita penuh.
Sejadah berdiri
Peristiwa yang berlaku di beberapa tempat di negara kita sehingga masuk dalam Buletin Utama tentang sejadah berdiri. Banyak kenyataan dan logiknya tersendiri. Kalau perbuatan manusia pun mungkin memandangkan sejadah sebegitu sudah tentu mampu didirikan oleh manusia. Andai perbuatan syaitan untuk menyesatkan manusia pun mungkin. Dan jika itu sebagai satu amaran dari Allah SWT agar kita mendekatkan diri kepadanya pun tidak mustahil.
Lingkaran merah kelilingi matahari
Kejadian yang baru masuk Harian Metro pada 30/10/09 yang berlaku di Ipoh kelmarin juga memberikan gambaran pelik pada kita kerana jarang-jarang berlaku. Fenomena ini juga menimbulkan tanda tanya ramai yang melihat. Lingkaran cahaya merah yang mengelilingi cahaya matahari 1 jam 30 (11.00 pagi – 12.30 tengah hari) sudah tentu bukan perbuatan manusia.
Beberapa trajedi ini saya kumpulkan untuk kita sama-sama fikirkan. Saya tidak mengatakan dengan yakin bahawa ini adalah tanda-tanda tertentu. Namun sebagai umat Islam yang meyakini adanya Allah SWT, adanya kuasa Tuhan, adanya hari akhirat eloklah kita mengambil pandangan positif sebagai bentuk muhasabah diri sendiri. Jika benar Allah nak tunjukkan sesuatu, eloklah kita beramal dan bertaubat sekarang. Andai itu sebagai kejadian alam, ketahuilah Allah mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Mudah-mudahan trajedi Oktober ini menjadi titik tolak untuk kita mendekatkan diri dengan Allah.












Yg ni org malaysia tak suke kepoh..mereka lebih suke layan kepoh2 politik dan industri seni sahaja.. :)
Allahuakhbar…JanjiNya barangkali dah semakin hampir…wallahualam.
Hanya tuhan yang tahu, namun segalanya telah dinyatakan dalam Al-Quran. Cuma kita saja yang tidak tahu macam mana mahu melihat semua perkara ini kerana ia sememangnya asing buat kita.
Apa pun sama2 kita tingkatkan amalan kepada-Nya
Assalaamu’alaikum
Setiap kejadian itu ada sebab dan musababnya. Baik ia dari perlakuan manusia, syaitan, apatah lagi jika ia datang sebagai ingatan dan amaran dari Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya. apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya.
Oleh itu, jika Allah menghendaki sesuatu itu berlaku ke atas manusia di bumi baik sebahagian dari penduduknya atau keseluruhannya, Allah hanya berkata kepadanya : Jadilah.. Maka jadilah ia.
Sayangnya, setiap yang terjadi itu hanya diikuti, diresahi, dibimbangi dan dikesani dalam jangka waktu yang singkat sahaja. Jika ia berlalu sudah, ketakutan dan kebimbangan juga berlalu sama dan hidup kembali seperti biasa.
Oleh itu, cahaya keinsafan jidak dapat dikekalkan hindda ke relung hati yang dalam. Ya.. Allah.. mudahan kita semua terpelihara dari hal yang melalaikan kita dari mengingati Allah swt. Salam mesra selalu.
Catzer: Setuju! Suasana politik Malaysia lebih mendapat tempat di minda masyarakat.
Kak Siti: Mudah-mudahan begitulah. Kita serah pada Allah Subhanahu Wataala.
wanwma: Ye betul tu. Jangan kita lupa tingkatkan amalan kita. Tak tahu bila ajal kita.