Tulisan Cerminan Personaliti Diri
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan bersama walaupun mungkin perkongsian ini menguntungkan pengarang buku ini. :) Anda pernah membaca buku ini? Bagi mereka yang meminati penulisan Khadijah Ibrahim, buku ini sangat sesuai untuk dibaca. Sebuah buku untuk bacaan santai yang memberikan kemahiran mengenali personaliti diri melalui tulisan.
Alhamdulillah saya sendiri mudah memahami corak personaliti yang ditulis di dalam buku ini. Buku motivasi dengan memberikan anda kemahiran memahami bentuk tulisan dan rahsia di sebalik tulisan anda begitu mengujakan anda.
Buku ini juga disertakan kata-kata motivasi dan contoh-contoh tulisan dari tangan-tangan mereka yang mencipta kejayaan di dunia ini dan menjadi sejarah hebat sehingga kini. Bagi saya ini adalah buku yang harus anda beli untuk meransang diri anda dan potensi diri anda.
Daftar Isi Kandungan
- Panduan 1: Mengenali tulisan anda dan pengaruhnya
- Panduan 2: Ciri-ciri positif untuk berjaya dalam hidup
- Panduan 3: Ciri-ciri negatif yang perlu diperbaiki untuk berjaya
- Panduan 4: Rahsia sudah terbongkar
Tajuk: Tulisan Cerminan Personaliti Diri
Pengarang: Khadijah Ibrahim
Terbitan: Al-Ameen Serve Holdings, 2007
Halaman: 184 muka surat
Subjek: Grafologi
Harga: RM23












Assalaamu’alaikum
Alhamdulillah… terima kasih long kerana mencadang buku ini.. insya Allah, esok akan pergi beli… nampak menarik dan ingin tahu juga potensi dan cerminan diri melalui tulisan ini. Salam mesra selalu.
Kak Siti: Sama-sama :)
Kat MPH ada jual ke buku ni?Nampak menarik isi kandungannya.
Sahfeie: Assalamualaikum dan salam perkenalan. Terima kasih singgah di sini. Tak pasti pulak kat MPH ada jual ke tak. Tapi isi kandungannya memang menarik.
[...] anda masih ingat entri saya Tulisan Cerminan Personaliti Diri hasil tulisan Khadijah Ibrahim. Hari ini seronoknya saya berpeluang bertemu dengan beliau kerana [...]