Anda Dan Kerjaya

Posted by admin | Posted in Umum | Posted on 03-09-2009

4

anda-dan-kerjayaAdakah anda sedang bekerja? Atau mungkin anda tengah mencari kerja? Apa pun jawapannya bekerja adalah sesuatu yang diimpikan. Jika anda seorang pelajar, anda sebenarnya sudah mengimpikan kerja yang bakal anda lakukan. Bahkan ketika kecil pun guru selalu bertanya apakah cita-cita kita? Cita-cita yang kita angan-angankan kita itu sebenarnya adalah kerjaya yang ingin kita capai.

Kerjaya adalah yang dekat dengan diri anda. Kerjaya adalah umpama matlamat kepada kehidupan. Tanpa kerjaya yang baik mana mungkin kita semua dapat mengecapi kemewahan dan kesenangan di dunia ini. Dengan kata mudah tanpa kerjaya belum tentu dapat mendirikan rumah tangga, dapat membina keluarga yang baik, beli handphone baru dan yang paling penting ialah duit poket sendiri. Tanpa ada kerjaya tidak mungkin anda dapat memiliki yang lain.

Setiap daripada anda akan mengalami proses dalam membina kerjaya. Sama ada bekerja dengan swasta atau dengan swasta atau mungkin juga bekerja sendiri. Semua akan bekerja. Oleh kerana itu apabila seseorang telah tamat pengajian amat resah apabila masih belum dapat kerja. Ditambah jumlah 40 ribu hingga 50 ribu penganggur di Malaysia pada tahun ini maka sudah tentu anda jua termasuk dalam jumlah ini. Lebih membimbangkan apabila terpaksa dibuang kerja atas sebab kejatuhan ekonomi sudah tentu memberikan impak besar kepada diri.

Sebagaimana yang dialami oleh seluruh dunia sekarang ini, semua orang inginkan kerja dan membina kerjaya. Kerana kehidupan dunia sememangnya menuntut manusia bekerja sebagai asbab usaha untuk mendapat sesuatu yang diinginkan.

Fakta yang tidak dapat disangkal kita menghabiskan sebahagian besar dalam hidup kita bersama kerjaya yang kita ceburi. Jika anda mula bekerja pada umur 25 tahun, anda menghabiskan 33 tahun hanya untuk kerjaya. Dalam tempoh ini sudah tentu anda menikmati kehidupan yang selesa berbanding dengan mereka yang tidak bekerjaya. Apa yang penting perlu memilih kerjaya yang sesuai dengan diri anda kerana kerjaya yang bukan kerana minat, sukar untuk bertahan lama. Jika dilakukan kerja tersebut bukanlah dari potensi yang sebenarnya sebaliknya hanya atas desakan dan tanggungjawab semata-mata.

Comments (4)

Terima kasih di atas perkongsian ini

Sama-sama izo

Kerjaya adalah yang dekat dengan diri anda. Kerjaya adalah umpama matlamat kepada kehidupan. Tanpa kerjaya yang baik mana mungkin kita semua dapat mengecapi kemewahan dan kesenangan di dunia ini.

Saya suka sekali dengan kalimat ini.
Saleum PeaceHeart

Terima kasih Risman. Semoga kita sama-sama dapat manfaat.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: