Ayuh! Kita Sama Membantu

Posted by admin | Posted in Umum | Posted on 15-01-2010

4

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana membuka hati ini untuk sama berkongsi kisah realiti kehidupan. Saya terbaca kisah ini dari Kongsi Blog. Sangat menyayat hati saya. Rasa terpanggil untuk sama mengajak sahabat-sahabat semua membantu insan yang memerlukan bantuan kita semua. Saya tidak dapat memaparkan kisahnya di sini memandangkan tidak boleh disalin dari blognya. Seorang blogger yang seperti anda semua sangat memerlukan bantuan.

Inilah masanya Allah menginginkan kita membantu dan melihat sejauh mana anda semua sanggup membantu mereka. Kehidupan mereka semakin terdesak. Adakah harapan mereka untuk hidup akan berakhir? Saya rasa tidak. Anda perlu bantu mereka. Membantu mengikut kemampuan anda. Jika anda inginkan pertolongan dan kasih sayang dari Allah ayuh kita sama-sama membantu.

Dengan ketundukan dan kejernihan hati kepada Allah, anda boleh baca kisahnya di Megat.Net. Jangan bertangguh untuk lakukan kebaikan!

Comments (4)

Saya ada baca…Sedikit sebanyak ada menyentuh perasan saya….Kalau mampu patut bantu….

Blinkky: Memang kita patut bantu. RM1 pun dah memadai kalau tak mampu beri banyak.

Assalaamu’alaikum

Tahniah Along atas usaha yang dilakukan. Mudahan mendapat barakah dari Allah swt. Akak dah baca artikel tersebut. Sungguh menyentuh hati dan mereka diuji oleh Allah dengan ujian yang berat dan tentu sekali mereka mampu menerimanya dengan redha kerana Allah swt tidak mendatangkan sesuatu ujian jika manusia tidak mampu melakukannya sebagai kafarat yang mungkin ada dalam kehidupan sebelumnya. Mudahan keluarga tersebut redha dan sabar.

Dengan membantu kita dapat meringankan beban. Walau bantuan tidak dapat dengan materi, kita juga boleh membantu dengan doa. namun demikian, materi menjadi pilhan beserta doa yang menyejukkan jika dapat membantu menghilangkan tekanan, meredakan keresahan dan menghangatkan perasaan yang memohon bantuan.

Jangan kita bersangka buruk dengan sesiapa yang memerlukan bantuan. Serahkan kepada Allah swt jika hal yang sebaliknya berlaku kerana urusan sedekah mempunyai keistiwaan tersendiri di sisi Allah swt.

Salam mesra selalu dari Akak.

Kak Siti: Mudah-mudahan akak juga mendapat barakah dariNya. Nasihat akak “Jangan kita bersangka buruk dengan sesiapa yang memerlukan bantuan. Serahkan kepada Allah swt jika hal yang sebaliknya berlaku kerana urusan sedekah mempunyai keistiwaan tersendiri di sisi Allah swt.” Memang nasihat yang simple tetapi ramai kita tenggelam dalam prasangka terhadap orang lain. Bahaya prasangka boleh membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Nauzubillah.

Write a comment

:angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :whistle: :tongue: :w00t: :wub: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :unsure: :wassat: :wink: :alien:
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.