Bertemu Penulis Khadijah Ibrahim

Posted by admin | Posted in Umum | Posted on 18-02-2010

6

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Mungkin anda masih ingat entri saya Tulisan Cerminan Personaliti Diri hasil tulisan Khadijah Ibrahim. Hari ini seronoknya saya berpeluang bertemu dengan beliau kerana dijemput oleh bos saya atas urusan tertentu. Yang seronoknya beliau datang ke pejabat kami di Bandar Baru Bangi.

Mungkin nama beliau tidak sehebat Khadijah Ibrahim yang merupakan seorang penyanyi. Penulis ini merupakan anak jati Johor dan berkelulusan Chemical Engineering daripada Sheffield University, UK dan ditauliahkan sebagai Certified Handwriting University, Dallas America Syarikat. Beliau juga berpengalaman menganalisa lebih 100 tulisan tangan dalam membantu dalam membentuk personaliti individu.

Apa yang menarik hati saya juga, selepas waktu pejabat kami semua staf Fitrah Power Resources berkesempatan bersama beliau dalam bengkel ringkas pendedahan ilmu tulisan ini dalam menganalisa personaliti orang lain. Walaupun satu jam tapi penuh dengan ilmu dan skill.

Comments (6)

Assalaamu’alaikum Along

Alhamdulillah, kembali hadir untuk membaca koleksi tulisan padat, mampat dan berkesan dari Along berhubung dengan pelbagai mutiara berharga buat kongsian minda bersama.

Dua hari ini (17 – 18 Febuari 2010), akak berpeluang mengikuti rancangan TANYALAH USTAZ di TV9 Dekat Di Hati yang bermula dari jam 7 – 8 pagi bersama seluruh ahli keluarga sambil bersarapan menonton sajian minda yang disampaikan oleh Along berhubung dengan SOLAT HAJAT.

TAHNIAH DAN SYABAS Long.. Tajuk Solat Hajat tersebut walau biasa kita dengar dan lakukan, namun penerangan jelas dari Along telah menambah baik pengetahuan akak terhadap kepentingan solat hajat dalam kehidupan umat Islam.

Menurut pendapat akak, along telah menjalankan amanah dengan baik, suara along ternyata mantap sebagai seorang yang sudah biasa berhadapan dengan khalayak ramai, isi kupasan kepada kandungan yang dibincangkan telah diatur dengan susunan yang sesuai, kematangan dalam mengeluarkan pandangan dan memberi jawaban kepada lontaran soalan yang dikemukakan dapat dijelaskan dengan bijak dan menari, isu semasa yang menjadi contoh kepada subtajuk yang dibincang dapat difahami dengan jelas dan mudah.

Akak rasa santai mendengar kuliah Along, bersahaja dan mesra penonton Walau baru pertama kali berhadapan dengan kamera tetapi profesional dalam menyembunyikan kegugupan dan rasa gementar (…. jangkaan akak aja ni)

Terima kasih Long, ilmu yang disampaikan cukup bermanfaat untuk menarik minat kita kepada selalu melakukan solat hajat dalam apa jua keadaan dan bersesuaian dengan waktunya.

Oleh itu, saranan akak untuk sesi akan datang, jika ada… lebih baik kalau Along datangkan pendapat-pendapat para ulamak tafsir, pendapat 4 mazhab yang mungkin ada berkaitan dengan beberapa hukum dan perbezaan berdasarkan tajuk yang dibincangkan. Ini akan lebih menarik keinginan para penonton untuk mendengar sesuatu yang baru yang tidak pernah mereka ketahui sebelum ini.

Oleh itu rujukan kepada 4 sumber dalam Islam iaitu dalil naqli, dalil aqli, qias dan ijmak ulamak akan menambah kemantapan dalam mengupaskan isi tajuk yang dibincangkan.

Akak doakan Along akan terus berjaya dalam kerjaya dan mengajak manusia kepada kebaikan dalam meningkatkan profesionalisme kemanusiaan manusia tersebut.

Salam mesra dari akak di Bandaraya Kuching, Sarawak.

Aduuhh… Long, buku “Tulisan Cerminan Personaliti Diri” tersebut, masih belum akak kuasai kefahaman isi kandungannya, walau akak telah baca dan terokai.. Walau bagaimana pun, akak mengkagumi kebijakan penulisnya Khadijah Ibrahim kerana mampu melakukan sesuatu yang jarang difikirkan oleh sesiapa berhubung dengan psikologi manulis melalui tulisan… Akak rasa seronok mengetahui diri akak ini bagaimana personalitinya menurut tulisan akak sendiri.

Sungguh beruntung, along dapat bertemu dengan penulis tersebut. Tentu banyak manfaat yang diperolehi dalam pertemuan minda dengan beliau. Tahniah… itukan seperti “hadiah Dari Langit”.

Salam ceria dan bahagia selalu buat Along dan keluarga di Bangi.

Salam penuh ceria,

Rasa tidak sabar pula nak mengetahui cerita hasil pertemuan Along dengan penulis tersebut.Jangan lupa update..sikit pun jadi le..

Kak Siti: Terima kasih banyak atas kritikan membina untuk Along. Memang tak dinafikan masih banyak yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Saya bukan yang terbaik tetapi saya cuba ke arah itu dengan banyakkan membaca dan penelitian. Insya Allah akan cuba yang terbaik di masa akan datang nanti. Komen membina ini sedikit sebanyak memberikan rangsangan untuk saya berusaha lebih dari sekarang.

Kak Siti. Insya Allah nanti akak akan berpeluang menghadiri kursus bersama penulis ini memandangkan kami telah membina kerjasama untuk mengadakan kursus personaliti melalui tulisan ini secara public. Tapi mungkin dalam bulan Jun.

Hanafi: Berminat ke nak tahu pasal ni? Banyak sebenarnya tetapi agak sukar untuk berkongsi secara menulis di blog ini. Cuma saya cadangkan Hanafi beli buku ini kerana gaya penulisan saya percaya Hanafi boleh faham dengan jelas.

Write a comment

:angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :whistle: :tongue: :w00t: :wub: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :unsure: :wassat: :wink: :alien:
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.