Pengalaman Temuduga [2]
Posted by admin | Posted in Umum | Posted on 29-10-2009
6
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman temuduga saya untuk kali kedua selepas saya menghadapi temuduga di Terengganu baru-baru ini. Pada hari Khamis yang lepas (22 Okt 2009) saya berpeluang untuk menghadiri temuduga untuk jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam S17 di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Sedikit perbezaan pengalaman yang saya alami di sesi temuduga kali ini.
Sesi temuduga yang bermula jam 2.30 petang membuatkan saya sedikit kelam kabut memandangkan surat temuduga yang lewat saya terima, dan juga saya terpaksa membuat persediaan untuk ke tempat kursus pada hari tersebut juga. Apabila mendapat surat temuduga saya lihat banyak perkara yang perlu disiapkan.
Dipendekkan cerita, saya menuju ke UPM lebih kurang jam 1.30 petang. Lokasi temuduga taklah jauh sangat jadi insya Allah dalam 15 minit saya boleh sampai. Tiba di lokasi temuduga tepat 2.15 petang. Alhamdulillah masih awal. Kalau tak silap temuduga di bilik mesyuarat di Pejabat Bendahari UPM.
Peserta yang hadir taklah ramai sangat, dalam lebih kurang tujuh orang. Dalam hati saya mungkin jawatannya tak ramai orang yang berkenan. Saya tengok giliran saya no. 4. Dengan jumlah peserta temuduga seramai tujuh orang hati saya berasa positif sedikit. Mungkin ada peluang dapat.
Akhirnya peserta pertama dipanggil masuk. Lebih kurang 20 minit peserta pertama berada di dalam. Bila keluar pula mukanya nampak tertekan. Mungkin soalan susah kot. Tetiba nama saya dipanggil. Alamak kenapa awal sangat. Baru giliran kedua tapi nama saya pula yang dipanggil. Nak tak nak, kaki melangkah juga masuk ke dalam bilik temuduga dengan debaran.
Di dalam bilik temuduga
Saya lihat ada 5 orang semuanya. Seorang pencatat (perempuan) dan bakinya adalah lelaki. Dua orang pakai blazer, seorang berbaju batik dan seorang lagi bersongkok. Seperti temuduga sebelumnya saya diminta perkenalkan diri dengan ringkas. Alhamdulillah saya berjaya mulakan dengan baik.
Selepas sesi perkenalan, untuk soalan pertama saya diminta membaca Surah Al-Fatihah dan juga Surah As-Sajdah. Boleh tahan juga soalannya. Saya baca sebagaimana yang disuruh. Kemudian soalan-soalan lain yang ditanya ialah hukum tajwid dan rukun haji. Jawablah sekadar yang mampu sebab panik juga bila tanya pasal haji, tak ambil berat untuk soalan tu.
Seterusnya saya ditanya soalan-soalan berkaitan dengan pengalaman kerja. Dan seperti yang saya jangkakan mesti saya akan ditanya soalan brainstorming. Panel tanya saya bagaimana nak hidupkan generasi yang seimbang dari sudut celik IT dan celik Al-Quran? :) Biarlah anda yang jawab untuk saya.




Assalamu’alaikum
“Panel tanya saya bagaimana nak hidupkan generasi yang seimbang dari sudut celik IT dan celik Al-Quran? :) Biarlah anda yang jawab untuk saya.”
Ha..ha..ha… pandai engkau ya long…
IT adalah satu media teknologi yang memudahkan kehidupan manusia. Dengan kehadirannya yang semakin diterima, sepatutnya digunakan semaksimum mungkin untuk mencapai tujuan hidup yang lebih bermanfaat. Generasi islam berilmu yang kita panggil generasi ulu albab, harus mengambil peluang ini untuk memantapkan diri dalam bidang teknologi bagi meningkatkan kefahaman dalam mempelajari agama dan meningkatkan sahsiah diri.
Sebagai alat aplikasi, IT bukan sekadar berperanan sebagai mekanisme penyaluran maklumat kepada kita, ia juga membantu kita melaksanakan tugas dan berpeluang menikmati kebaikan melalui pelbagai cara andai kita tahu menggunakkan dengan jalan yang betul.
Akak doakan along berjaya dalam semua temuduga yang dihadiri. Salam mesra dan salam kejayaan.
Nak hidupkan generasi seimbang…? celik IT dan celik Al-Quran? Mengapa pula diseimbangkan? apatah lagi dibandingkan… dua perkara yang sememangnya terlalu jauh berbeza.
Nak tanya saya? pastilah celik Al-Quran itu lebih utama dari segala-galanya. Tak kiralah menggunakan IT yang ada, atau barangkali seperti kaedah dahulu kala, berguru dari satu individu kepada individu yang lain…
IT ada manafaatnya, tetapi celik Al-Quran pastilah lebih utama berbanding segala-galanya. Dahulukan celik Al-Quran, barulah ada keberkatan di dalam lain-lain kecelikan kehidupan. Tak kiralah kecelikkan apapun, termasuklah kecelikan IT itu sendiri.
Ikram84: Ikram terima kasih singgah di sini. Saya tahu pasti ada yang bertanya pasal ni. Sebenarnya saya hadiri temuduga sebahagian untuk mendapat pengalaman sendiri hadiri temuduga. Yelah..banyak temuduga dapat banyak pengalaman. Lagi satu saja nak test sijil :)
Kak Siti: Waalaikum salam kak. Saja nak akak jawab soalan tu bagi pihak along. Nak tengok jugak apa pendapat orang lain kalau ditanya soalan begitu.
AbgBent: Alg setuju dengan AbgBent. Sepatutnya tak perlu dibandingkan. Tapi mungkin dari sudut nak nampak ketrampilan dan juga mungkin nak balance dari sudut 2 golongan ni. Sebab selalunya orang hebat ilmu agama tapi banyak ketinggalan dari sudut IT. Dan begitulah sebaliknya juga. Jadi kalau ada dua kelebihan ini akan lebih mantap kan.