Pengalaman Temuduga [3]

Posted by admin | Posted in Umum | Posted on 09-11-2009

4

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah kali ini saya berpeluang untuk berkongsi pengalaman saya dalam sesi temuduga ketiga. Seronok ada. Berdebar pun ada. Tapi hati kecil memang seronok untuk menghadapi temuduga.

Sesi temuduga kali ni bertempat di MRSM Kuala Klawang (Jelebu) untuk jawatan Pegawai Pendidikan Siswazah. Sebelum ni sesi temuduga berdepan dengan panel temuduga, menjawab soalan-soalan yang ditanya. Tetapi berbezanya kali ini, saya perlu melakukan simulasi ‘micro teaching’ selama 15 minit.

Terus terang saya belum pernah mengajar secara formal. Menjadi trainer ada sedikit perbezaan dari sudut metod pengajarannya. Jadi dalam ‘micro teaching’ ini, saya diminta memilih satu tajuk kecil dari subjek Pendidikan Islam memandangkan saya memohon jawatan ini untuk subjek Pendidikan Islam.

Simulasi ini perlu disertakan dua salinan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk diberikan kepada panel temuduga. Lantas dua hari sebelum temuduga saya berikan lakaran tajuk “Kelebihan Berzikir” kepada isteri saya untuk bantu menyiapkan slide dan RPH.

Pada hari temuduga

Kali ni situasi berbeza sedikit. Saya tiba di MRSM Kuala Klawang lebih kurang pukul 8.00 pagi. Saya lihat sudah ada 5 orang peserta. Tapi semua perempuan. Mungkin subjek Pendidikan Islam ni ada chemistry dengan perempuan kot. Lebih kurang 10 minit tunggu, masuk lagi 12 orang peserta perempuan. Aduhai malu ada, macho pun ada. Tapi tak kisahlah.

Dalam lebih kurang 9.30 taklimat temuduga bermula. Sepatutnya ada lagi peserta lelaki yang lain. Tapi nampaknya aku sorang je yang datang. Sebelum sesi bermula, kedatangan peserta diambil. Aku giliran ke7 sepatutnya. Tapi memandangkan aku lelaki tunggal hari tu, so aku adalah peserta pertama. Cuak ada. Lega pun ada.Dari taklimat yang diberikan, kami semua hanya perlu melakukan simulasi 15 minit untuk ‘micro teaching’. Tanpa soal jawab dengan panel. Panel akan menilai simulasi yang dilakukan. Sesiapa yang lulus sesi temuduga pertama ni akan dipanggil untuk sesi temuduga kedua pula.

Menjadi peserta pertama memang rasa berdebar dan teruja.  Saya hanya dua panel yang ada. Lega sangat. Seorang ustaz dan seorang lagi guru. Jadi masa diberikan 15 minit sahaja. Saya pun mulakan aksi saya…:)

Comments (4)

Last week pun saya ditemuduga juga di Putrajaya..Jab Perdana Menteri..tapi bukan memohon jawatan, sebagai referral interviewer pada bekas ex staff saya yg sedang menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomat di Kementerian Perdagangan untuk keselamatan…pane nya sorang je Cif Inspektor…(inspektor sahab kot..hehehe)..utk sambung kontrak kot..

Assalamualaikum Tuan Rumah,

Semakin lama posting di blog ini semakin menarik. Boleh jadi sebab mengisahkan realiti penulisnya sambil ditambah dengan resepi-resepi buat renungan dan tauladan.

Tahniah!

Salam ceria & inspirasi

Assalamualaikum

Pemburu Impian: Terima kasih tuan. Entri tuan pun nampak makin mantap dan hebat. Semoga terus berjaya akan datang.

Assalaamu’alaikum

He..he..he.. ini yang suspennya ye long….. Hmmm… menarik dan satu pengalaman yang hebat.. Akak doakan Along berjaya mengapai impian sebagai seorang guru. Seperti akak katakan dulu.. menjadi guru bukan senang Long.. ia akak ibaratkan begini Long:

“Seorang guru perlu memiliki ciri-ciri yang mempunyai daya tarik seperti Rabi’atul ‘Adawiyyah, berwibawa seperti Nabi Muhammad saw, sabar seperti Nabi Ayub, lemah lembut seperti Siti Khadijah, cerdik seperti Siti Aisyah, penyayang seperti Siti Fatimah, bijaksana seperti Nabi Sulaiman dan tegas seperti Umar Al-Khattab.”

Akak doakan Along berjaya dalam setiap langkah yang dipilih untuk kesejahteraan masa depan. Pekerjaan apa-apapun yang ditemui oleh tangan kita, laksanakanlah dengan sungguh-sungguh dan sebaik-baiknya. Salam manis dan mesra selalu dari akak.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: