Posting Ke-100 Motivasi-Kerja

Posted by admin | Posted in Aspirasi Diri, Umum | Posted on 13-12-2009

10

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

entry 100Pertamanya saya merakamkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana Dia memberikan saya ruang untuk saya menulis di blog Motivasi Kerja ini. Saya menulis hari adalah untuk menggambarkan perasaan gembira saya kerana ini adalah satu pencapaian pada diri saya. Tetapi bukan saya nak menunjuk-nunjuk kepada anda semua.

Perjalanan sebagai penulis blog bukan sesuatu yang mudah pada saya. Mudah jika hanya ingin menulis tanpa berfikir. Mudah jika kita menulis sesuatu hanya kita boleh berbicara tentang itu. Namun jika anda menulis untuk memenuhi sesuatu yang diingini orang lain pasti anda juga perlu berfikir dan berfikir. Blog ini menjadi inspirasi hati saya. Biarlah hari ini saya berkongsi sedikit sebanyak tentang pengalaman saya menulis di sini.

Sahabat, setiap hari saya berfikir untuk menulis di sini. Berfikir untuk suatu kelainan yang dapat saya kongsikan pada sahabat semua. Saya suka berdakwah dan memberikan motivasi diri melalui cara ini. Saya menulis dan sahabat membacanya. Suatu perasaan yang sukar saya gambarkan apabila anda membaca dan berkongsi idea di sini. Teruslah menyokong saya jika ada sesuatu yang baik saya kongsikan. Tegurlah saya jika ada kesalahan dalam penulisan saya. Itu adalah lumrah sebagai manusia.

Menulis memerlukan perasaan. Satu konsep yang saya percaya jika sahabat memberi dengan penuh penghayatan dan perasaan maka dengan izin Allah jua anda dapat merasai apa yang saya tulis ini bukan hanya sekadar tulisan. Terima kasih saya buat sahabat semua yang sudi ziarah ke sini, terima kasih juga kepada sahabat yang menyumbangkan kritikan membina dan idea berharga untuk saya menulis sesuatu yang sahabat inginkan.

Mungkin ramai ingin tahu mengapa saya menulis dan menggunakan niche motivasi kerja? Banyak sebab sebenarnya.

  • Saya bekerja sebagai motivator yang banyak terlibat dalam memberikan program-program motivasi Islam untuk staf di kementerian, syarikat, swasta dan organisasi-organisasi yang lain. Niche ini lebih dekat dengan diri saya dan saya mula memahami situasi ini.
  • Ramai di luar sana akan mencari pekerjaan dan akan bekerja. Jadi alam pekerjaan adalah baru bagi mereka yang bekerja. Banyak info yang mereka perlukan untuk membantu mereka.
  • Masa yang paling banyak anda habiskan di hidup ini adalah kerja. Kalau sekarang pencen di usia 58 tahun. Tempoh bekerja telah mengambil sebahagian dari tempoh hidup anda. Sudah tentu kerja perlukan motivasi.
  • Alam pekerjaan mempengaruhi kehidupan kita semua, makan minum, ibadah dalam kerja, motivasi diri dan juga kepimpinan dan kemahiran adalah sebahagiaan elemen yang memberikan impak kepada diri anda.

Akhir sekali dari saya, bagi anda yang ingin menjadi blogger satu disiplin yang perlu anda sematkan dalam diri anda ialah istiqamah dalam menulis. Ramai blogger di alam maya ini tetapi tidak ramai yang istiqamah menulis setiap hari. Dan paling sedikit ialah blogger yang menulis sesuatu yang baik untuk dikongsikan pada orang lain setiap hari. Bagi yang mengenali saya jutaan terima kasih kerana selalu menyokong saya. Bagi yang selalu memberikan komen, teruskan kerana komen anda sebenarnya adalah emas kepada saya. Akhir sekali bagi yang ingin mengenali saya selalulah ziarah saya di sini. Lama-lama nanti kenal la..:)

Comments (10)

Assalaualaikum Tuan Rumah,

Tertarik dengan kata-kata tuan seperti di bawah,

“Perjalanan sebagai penulis blog bukan sesuatu yang mudah pada saya. Mudah jika hanya ingin menulis tanpa berfikir.”

Menulis komen juga begitu,

Tidak mudah, kecuali sekadar memberi komen tanpa berfikir…

seorang yang saya kagumi kerana ketekunannya memberi komen yang mengandungi maksud yang tersurat apatah lagi yang tersirat adalah..

Insan ini…
http://websitifatimah.wordpress.com/

“Bunda” tidak sekadar menulis komen kecuali, dengan
maksud yang tersurat dan tersirat…

Salam ceria & inspirasi

Assalamualaikum

Salam,

Bukan senang untuk menulis. Bagi saya, menulis tanpa berfikir seolah-olah kita hanya suka membuang masa. Lebih baik menulis sesuatu yang memberi faedah dan motivasi buat semua pembaca seperti sesuatu yg mengembirakan semua orang.

Salam.. Tahniah diucapkan dan teruskan menulis.. Saya sentiasa membaca artikel2 bro..

Cume saranan saye agar bro full kan summary feed sebab kadang2 ade pembaca yang suka membaca melalui email mcm saye.. :)

Assalaamu’alaikum Along

Terimakasih dulu buat Fathuri atas penghargaan buat bunda.. Mudahan beroleh manfaatnya dalam perkongsian ilmu di jiwa dan di minda.

TAHNIAH buat Along atas usaha menghasilkan 100 artikel dalam tempuh beberapa bulan yang terdekat ini. Setiap usaha ada hasilnya. Jika keinginan kita untuk meraih kejayaan melalui perancangan yang telah ditetapkan, pasti ia beroleh keuntungan yang besar dan kita akan dapat melihat hasilnya.

Minat dan keinginan berjalan serentak untuk menjadi daya penggerak dalaman yang hebat buat kita. MENULIS SANGAT MUDAH. JANGAN DIPAYAHKAN. Yang menyebabkan kita PAYAH menulis kerana kita FIKIR menulis itu payah. Lalu payahlah yang kita perolehi.

Kita sudah menulis sekian lama sejak kecil. Potensi menulis sudah wujud dalam diri kita. Maka usaha itu sangat penting. JADIKANLAH SUATU KEYAKINAN BAHAWA APA YANG KITA CITA-CITAKAN PASTI TERCAPAI DAN APA YANG KITA USAHAKAN PASTI BERHASIL.

Menulis, menulis dan terus menulis di samping membaca. Dengan banyak membaca, kita akan mudah untuk menulis. Membaca pula bukan sekadar di buku tetapi juga membaca alam dan persekitaran kita. Di situlah banyak idea penulisan akan terbongkar.

Selamat semuanya dan TAHNIAH sekali lagi. Salam mesra buat Along dari akak di Bangi.

Fathuri: Terima kasih kerana sokongan tidak berbelah bagi kepada saya. Status pemburu impian juga membakar inspirasi saya untuk turut sama menjadi pemburu impian saya yang tersendiri. Pujian Fathuri pada “Bunda” tu memang tepat sekali. SAya sendiri begitu teruja dengan setiap komennya pada setiap posting saya. Setaka yang saya kenal dia, memang seorang yang berbakat dalam menulis. Dan jangan terkejut saya sedang merancang untuk menulis buku dengannya. :)

Nozi: Makasih :). Nozi juga boleh menulis seperti irang-orang hebat yang lain. Cuma perlukan sedikit idea yang kreatif sahaja.

tahniah sahat atas pencapaian dalam dunia blogger.menjadi seorang blogger bukan lah perkara yang mudah…hanya mereka yg kuat sahaja mampu mengurus blog sebaik mungkin…teruskan usaha..

Assalamualaikum tuan rumah

Alhamdulillah, tertunai juga hasrat nampaknya untuk mencapai 100 posting di blog ini.
Saya tahu,ia sukar jika tidak ada satu kekuatan dan istikhamah dalam diri.
Memaksa menulis untuk kepuasan bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga
kepada pembaca blog ini. Sekali lagi ucapan tahniah.

Saya tidak berkesempatan dalam beberapa minggu ini
untuk menjengah dan meninggalkan komen di blog along. Rindu rasanya
Sekarang sedang bekerja keras untuk menyiapkan projek akhir
Walau pun orang bercuti, tetapi masih di U, berseorangan

InsyaALLAH, teruskan impian mu sahabatku.
Semoga akan berjaya dengan cemerlang suatu hari nanti.
Saya tahu, blog ini sekarang sudah ada peminat setia
yang “menunggu” post terbaru setiap hari. :)

Kita: Sabri terima kasih banyak kata-kata semangat. Sahabat-sahabat di dunia maya kadangkala lebih banyak memberikan inspirasi dari kawan-kawan yang berada disekeliling kita. Sangat mengharukan saya.

Fahdi: Salam Hijrah Fahdi. Menulis 100 tidak sukar sebenarnya. Menulis 100 yang berkualiti itu yang menjadi kesukaran. Kalau Fahdi rindu dengan artikel-artikel saya jangan lupa terus ziarah di sini. Saya juga mula berhijrah tepat pada masanya. Semoga Fahdi mengajarkan segala ilmu yang ada agar saya juga dapat mengorak kejayaan dan impian seperti Fahdi. Satu perkara jangan lupa, ukhuwah fillah.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: