Selamat Tahun Baru 2010

Posted by admin | Posted in Umum | Posted on 02-01-2010

9

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Tahun Baru untuk anda semua yang menjadi sahabat saya di blog ini. Walaupun sudah masuk hari kedua tahun baru rasanya tidak lewat lagi untuk saya mengucapkan Happy New Year pada anda semua. Saya pasti ramai yang menulis ucapan selamat ini pada teman-teman. Sms sudah pasti memenuhi inbox telefon bimbit kesayangan anda.

Malam ini dalan Buletin Utama, pelbagai insiden mencemarkan pandangan mata dan halwa telinga tentang gejala maksiat sempena malam tahun baru. Seakan berita sebegini sedikit mengguris hati kita semua. Mengapa tahun baru dicemari dengan gejala maksiat yang mencemarkan nama baik negara. Seumur hidup saya, belum pernah melihat bunga api yang berkilauan di udara ketika detik 12 malam. Hati ini sememangnya ingin juga sekali melihat perkara seumpama itu.

Namun ada juga bisikan hati mengatakan bimbang dan takut juga jika di dalam kegembiraan yang melalaikan itu Allah berikan ujian dengan perkara yang tidak diingini. Banyak kali saya melihat di youtube.com malapetaka yang Allah turunkan ketika pesta seumpama itu berlangsung. Nauzubillah. Saya tidak mengatakan kepada anda semua jangan pergi ke sambutan seperti itu, cuma beringatlah. Di sebalik kegembiraan pasti ada dukanya.

Tahun baru datang dan pergi. Apa pengisian yang anda ingin lakukan. Sahabat saya pernah bertanya kepada saya “Perlukah ada azam baru? Mengapa tunggu tahun baru baru nak buat azam?” Pada saya soalan ini mencabar minda dan emosi saya.

Ramai orang memperlekehkan azam baru. Sekadar azam memang tidak akan membawa apa-apa erti. Tetapi hidup tanpa azam rasanya lebih seksa untuk diterima. Ibarat anda tidak tahu apa yang anda inginkan dalam hidup anda. Bahkan anda meletakkan kehidupan anda lebih selesa berlalu begitu sahaja tanpa anda apa-apa perubahan. Pedih bukan? Fikirkanlah..

Tidak semestinya tahun baru untuk anda meletakkan azam. Cuma kebiasaannya manusia ingin meletakkan sebab kepada sesuatu yang ingin dicapai, sebab ingin berubah dab sebagainya. Maka tahun baru adalah sebahagiaan sebab kepada titik tolak membina anjakan pradigma dalam kehidupannya. Saya berpesan kepada diri saya dan sahabat semua, tahun baru akan mulakan langkahnya dan kita juga perlu seiring langkah bersamanya baik dari sudut diri, amal ibadah, kerjaya dan juga impian agar kita menjadi manusia yang hebat dunia dan akhirat.

Comments (9)

Salam Saudara Asrulnizam .

Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru 2010 lebih baik daripada tahun 2009;-)

Selamat Tahun Baru. Semoga dirahmati Allah selalu. :)

have a happy new year… keep up and i support you

Assalaamu’alaikum

Sekadar singgah sebentar menjenguk Along untuk mengkhabarkan bahawa akak tidak berada di alam maya ini untuk beberapa hari kerana “kurang sihat”.

Selalu ada doa buat Along dan keluarga dalam melayari bahtera kebahagiaan kehidupan di dunia dan akhirat. Capaikan azam yang dilakar pada 1 Muharram 1431H dan gabungkan dengan semangat baru 2010.

Mudahan segala yang diazamkan akan dapat direalisasi menurut kemampuan diri. Yang penting semangat untuk melunasi impian yang cuba diraih akan menguatkan langkah menuju kejayaan.

Salam mesra dari Mukah, Sarawak.

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Kak Siti: Terima kasih atas ucapan akak. Selamat Tahun Baru juga. Ayuh tahun ini kita mulakan dengan langkah pertama! :)

Kak Siti: Berita faham. Terima kasih atas doa dan sokongan yang terus membuatkan Along bersemangat. Tak perasan akak tinggal di Mukah. Ingatkan di Kuching.

Zuwairi Aiman: Terima kasih banyak bro atas sokongan.

UstazCahaya: Selamat Tahun Baru untuk ustaz juga. Harap-harap begitulah. Perlu berusaha untuk jadi lebih baik dari tahun lepas.

Write a comment

:angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :whistle: :tongue: :w00t: :wub: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :unsure: :wassat: :wink: :alien:
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.