Umur Adalah Jumlah Yang Tidak Akan Menurun
Posted by admin | Posted in Umum | Posted on 07-01-2010
7
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sukar sekali tangan ini ingin menulis pada entri kali ini. Entah mengapa soal umur begitu menjadi topik pemikiran di minda ini. Entah mengapa hati terlalu berdetik dan memikir soal-soal yang sensitif dengan umur. Inilah sifat fitrah yang ada dalam diri manusia. Siapa pun anda, sebenarnya anda pasti bertanya pada diri anda ke manakah anda akan bawa kehidupan ini?
Mungkin kehidupan anda bermula dengan permulaan yang baik, penuh dengan kegembiraan dan kejayaan demi kejayaan yang anda kecapi. Pelbagai nikmat anda dapat sepanjang kehidupan anda. Tetapi bagaimana pula dengan pengakhiran? Adakah ianya juga konfem akan berakhir dengan baik? Sukar untuk dijawap. Hanya hati dan iman yang mampu menjawapnya.
Umur adalah jumlah yang tidak akan pernah berkurang. Setiap tahun umur akan meningkat. Kulit semakin lama akan hilang tegangnya. Wajah yang cantik akan hilang seringnya. Sihat akan bertukar menjadi uzur. Namun bagaimana dengan amal pula? Adakah ianya matang seiring usia yang meningkat? Aduh! Sukarnya menjawap persoalan ini.
Hari ini adalah hari lahir saya yang ke-28. 7 Januari menjadi nombor bertuah untuk saya. Namun tuah sebenarnya bukan dilihat pada nombor tarikh lahir. Entah mengapa hati kecil terlalu memikirkan diri yang tidak tahu berakhirnya macam mana. Mungkin anda seronok menyambut hari lahir. Saya juga begitu. Tetapi jangan berpura-pura bahawa hati kecil anda tetap memikirkan soal ini, tapi selalunya nafsu menepis bahawa umur masih muda.
“Ya Allah panjangkanlah umurku dalam melakukan kebaikan kepada Mu. Amin”




Assalamualaikum along aka motivasi kerja
Subhanallah.. lambat tahu hari ni hari kelahiran tuan along kita.
“Selamat hari lahir sahabat. Semoga langkah yang di mulakan pada usia 28 tahun adalah langkah paling hebat pernah di ambil di dalam hidup”
Apabila bercakap soal usia. Saya sendiri sering terfikir. Sampai bila kita akan hidup. Malang tidak berbau. Usia semakin singkat, dosa semakin meningkat. Jika di plot graphnya, pasti bertentangan! Satu naik mendadak, satu turn mendadak.
Di samping kita kejarkan kejayaan seperti seruan hayya alalfalah..perlu juga kejarkan akhirat supaya keduanya seimbang. InsyaALLAH
Semoga kekal suksess sahabat ku
Assalamualaikum
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Tahniah kerana telah berjaya menikmati 28 tahun kehidupan dunia ini.
teringat kepada sebuah perbualan masa lalu,
“Apakah itu masa depan?” Tanya seseorang kepadaku
“Masa depan adalah masa akan datang” jawabku
“Benar. Jika sekarang adalah jam 4.00ptg. Jam 4.01 adalah masa depan!” sambungnya
Lalu aku tersentak!
Oh! kini aku faham, apa yang yang dimaksudkan..
“Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…
Salam ceria & inspirasi
“Pray hard & work smart”
Assalamulaikum
Assalaamu’alaikum Along
Subhanallah walhamdulillah. Maafkan akak kerana kurang perihatin dengan pesanan along semalam..
“JANGAN LUPA BACA ARTIKEL ARINI”
Hmmm… rupanya seorang insan yang akak sayangi dan kasihi sedang menguliti umurnya pada tarikh 7 JANUARI 2010 yang ke 28 tahun.
SELAMAT ULANG TAHUN KE 28 buat Asrulmizam Abas.
SELAMAT ULANG TAHUN KE 28 buat Along Capr
SELAMAT ULANG TAHUN KE 28 buat Motivasi Kerja
Ahhhh…. kesal juga kerana tidak mengucapkannya tepat pada waktunya 7 Januari 2010 – Khamis yang lalu.
Along tau, secara tidak sengaja, angka 7 adalah angka bertuah akak sejak akak mengenal tafsir al-Quran pada usia 12 tahun (Tingkatan 1) di sekolah menengah hingga sekarang.
Angka 7 amat sinonim dengan tingakatan syurga, neraka, langit, bumi dan apa sahaja yang disebut dalam al-Quran tentang angka 7. Akak berpegang kepada bertuahnya angka 7 kerana ia menghubungkan manusia dan penciptanya yang kita sebut dalam matlamat Tamadun Islam sebagai habluminallah wa habluminannas.
Semoga Along bahagia dan ceria selalu. semakin umur meningkat semakin matang diri dan semakin hebat rona fikirnya.
Salam mesra selalu buat Along dari akak di Sarikei, Sarawak.
Assalaamu’alaikum Along
Mohon ke LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI kerana ada AWARD BIRTHDAY KE 28 TAHUN untuk Along dari akak sebagai menghargai persahabatan maya antara kita.
SILAKAN Along mengambilnya di GALERI AWARD DARIKU :
http://websitifatimah.wordpress.com/galeri-award-dariku/
Salam mesra dari sarikei, Sarawak, MALAYSIA.
Fahdi: Takpe lambat tahu hari lahir, itu tidak mencacatkan apa-apa dalam persahabatan. Apa yang penting kita masih membina silaturahim antara satu sama lain. Bukan mudah membina silaturahim. Semoga amalan kita semua akan bertambah.
Assalamualaikum,bro nice artikel samalah ayie tahun ini dah 23,tarikh lari ayie dengan bro just bro awal satu hari,mungkin belum terlambat ayie mngucapkan selamat hari lahir,semuga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk berbakti pada yang satu { allah }.
Ayie Portal: Waalaikum salam. Terima kasih Ayie. Selamat Hari Lahir untuk Ayie juga. Semoga Allah berkati kehidupan Ayie hendaknya.